Istana Kelantan tarik balik gelaran 'Datuk' Abdul Azeez






Istana Kelantan menarik balik gelaran Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang dianugerahkan kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkuat kuasa 2 April lalu.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Nazran Muhammad berkata Abdul Azeez, 53, yang juga Anggota Parlimen Baling sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan menerusi surat disampaikan kepadanya pada hari sama.



“Dengan demikian mulai tarikh itu, Abdul Azeez tidak boleh lagi menggunakan gelaran “Datuk”. Apa-apa kuasa atau perkara yang berkaitan dengan anugerah Darjah Kebesaran ini juga tidak boleh digunakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nazran berkata, Datuk Seri Panglima itu juga dikehendaki mengembalikan ketandaan Darjah Kebesaran yang berkaitan kepada Datuk Perwira Raja, Pengelola Istana D’Raja, Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar, Kota Bharu dengan serta-merta.



Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salahguna) (Pindaan) 2015 diwartakan kerajaan negeri pada 27 Ogos 2015.

Enakmen itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun bagi mana-mana orang menggunakan apa-apa Darjah, Tanda Kebesaran, Pingat, Lambang dan Bintang Kebesaran pernah dikurniakan oleh Sultan yang sudah ditarik balik oleh Baginda.



Enakmen tersebut juga memberi kuasa kepada polis untuk membuat penyiasatan di bawah enakmen berkenaan termasuk kuasa untuk memasuki premis dan menggeledah serta menyita apa-apa keterangan atau barang kes yang disyaki berkait dengan kesalahan di bawah enakmen itu.

Abdul Azeez yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji, dianugerahkan darjah kebesaran itu pada 12 November 2016 ketika Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V Ke-47

Sumber Bernama



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?