Kuala Terengganu Perlukan Shopping Mall Untuk Warganya Membeli Belah
Tiap-tiap tahun member saya seorang ini tak pernah miss untuk datang shopping untuk persiapan raya di Kota Bharu bersama anak bininya. Selalunya dia akan datang sebelum bulan Ramadan untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan malas nak bersesak dengan orang lain. Lagi pun kalau penat boleh minum air ujarnya. Saya tak pasti berapa dia akan berbelanja tapi pada agakkan saya mesti banyak sebab dia bershopping dengan anak bini dia tu kira level sakanlah senang cite.
Kuala Terengganu akan ada shopping mall
Tapi menurutnya, ini mungkin tahun terakhir dia dan keluarga shopping di Kota Bharu kerana menurutnya, KTCC Mall akan dibukak tahun depan. Menurutnya, mall itu sekarang masih didalam pembinaan dan mungkin hanya akan siap tahun depan walaupun dalam Facebook yang dibacanya dijangka dibukak tahun ini. Pacific Hypermarket dan Pacific Department Store akan dibukak disitu seperti mana di KB Mall. Yang takde kat KB Mall tapi ada kat KTCC Mall adalah Paragon Cinema ujarnya.
Sempat lagi dia berseloroh nanti ramailah orang kelantan membanjiri Paragon Cinema untuk tengok movie yang best best.
Sogo pun ada
Selain KTCC Mall, member saya bagitau Sogo pun turut akan dibukak kat Kuala Terengganu tapi lambat lagilah iaitu dijangka pada tahun 2021. Dia bagitau saya Sogo nanti akan dibukak didalam Mayang Mall yang terletak betul-betul ditepi Jambatan Angkat.
Menurut beliau, Sogo membuat pilihan tepat untuk dibukak kat Kuala Terengganu kerana lokasinya yang terletak ditengah diantara Kelantan dan Pahang, disamping warga Terengganu memang tersohor amat gemar bershopping di Sogo KL.
The Store nak bukak kat Paya Bunga Plaza
Selain 2 mall ini, dia bagitau Paya Bunga Plaza yang dah berdekad-dekad tak pernah dibukak pun akhirnya akan dibukak dimana The Store akan menjadi achor tenant. Dulu dia bagitau ada Mcdonalds kat sisi Paya Bunga Plaza tetapi akhirnya ditutup. Tak dapat dipastikan kenapa pulak ianya ditutup.
Member saya bagitau diorang kat Terengganu terutamanya kat Kuala Terengganu bukannya perlukan banyak shopping mall, ada 2 ke 3 bijik pun dah cukup. At least kalau nak shopping tu banyaklah sikit pilihan. Kalau sekarang takde pilihan sangat kalau dalam Bandaraya Kuala Terengganu. Nak tak nak kenalah jugak travel ke Kota Bharu, kalau nak ke Kuantan jauh sangat katanya. By the way tahun depan dah boleh shopping kat mall di Terengganu !!
Pastikan anda FOLLOW Facebook Maafsebut dengan klik SINI !!
Ulasan
Catat Ulasan