Kerajaan Mahu Ambil Pekerja Afrika Sebab Orang Malaysia Tak Mahu
Menteri Sumber Manusia mengetengahkan untuk membawa masuk pekerja dari Indonesia selepas pekerja asing dari Vietnam dan Indonesia tidak mahu lagi datang untuk bekerja di negara ini disebabkan gaji yang diterima tidak jauh berbeza dengan negara asal.
Walaubagaimanapun, ianya masih diperingkat cadangan dan akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam mesyuarat kabinet.
Mengulas mengenai cadangan itu, Perdana Menteri berkata Keengganan rakyat Malaysia terlibat dalam sektor peladangan menyebabkan kerajaan bercadang untuk mengambil pekerja Afrika bagi menampung keperluan tenaga pekerja dalam sektor berkenaan.
Malaysia bukan lagi negara tenaga buruh murah
Pada pendapat saya, Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada tenaga buruh murah untuk menarik pelaburan asing kerana negara-negara lain seperti Vietnam, China, Laos dan banyak lagi negara lain menawarkan tenaga buruh murah yang jauh lagi murah.
Membawa masuk buruh asing untuk memastikan tenaga asing kekal murah bagi saya tidak akan menyelesaikan masalah ini. Penyelesaiannya adalah beralih kepada labour intensive kepada automasi untuk menggantikan kekurangan pekerja dan pada waktu yang sama dapat mengekalkan produktiviti dan masih boleh bersaing dengan negara-negara luar.
Malaysia perlu fokus kepada industri tambah nilai
Untuk kekal bersaing dan berdaya maju, bagi saya Malaysia perlu beralih kepada industri yang bukan sekadar mengilang semata-mata tapi lebih kepada tambah nilai supaya produk yang dihasilkan di negara ini lebih bernilai tinggi.
Pasal perladangan tu, kan lebih elok kalau syarikat-syarikat perladangan beralih kepada automasi supaya jumlah pekerja yang diperlukan dapat dikurangkan dan secara tidak lansung tak perlu mengambil pekerja dari Afrika. Untuk mengendalikan jentera dan mesin nanti boleh diserahkan kepada pekerja-pekerja tempatan.
Ulasan
Catat Ulasan