Jom Kita Kenal Almarhum Sultan Ismail Petra


Sultan lsmail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra (11 November 1949-28 September 2019) ialah merupakan Sultan Kelantan Darul Naim ke-28. Baginda mula menaiki takhta pada 30 Mac 1979 sehingga 13 September 2010, menggantikan ayahanda baginda iaitu al-Marhum Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.



Kehidupan dan pendidikan awal
Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra diputerakan pada hari Jumaat 11 November 1949 bersamaan dengan 19 Muharam 1369 Hijrah di Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan. Baginda adalah putera tunggal dan putera bongsu kepada Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II.



Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mempunyai empat orang kekanda iaitu Tengku Merjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani.

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra memulakan pengajian di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu sebelum belajar dengan guru khas bahasa Inggeris. Baginda mendapat anugerah Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dari Universiti Ramkhamhaeng, Thailand pada 8 Januari 2002 dalam bidang Sains Politik.



Perkahwinan dan Anakanda
Sultan Ismail Petra telah berkahwin dengan Raja Perempuan Kelatan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid pada tanggal 4 Disember 1968 di Istana Kota Lama, Kota Bharu dan Istiadat persandingan Diraja telah dilangsungkan di Istana Balai Besar pada 12 Mac 1969 mengikut adat istiadat raja-raja Kelantan yang turun temurun.


Baginda telah dianugerahi empat orang cahaya mata dengan Tengku Anis iaitu Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra dan Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra.

Istana rasmi baginda terletak di Kubang Kerian dan dikenali sebagai Istana Mahkota.


Pemerintahan Kelantan
Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yanya Petra telah dikurniakan dengan gelaran YTM Tengku Mahkota Kelantan pada 11 November 1967 oleh Almarhum ayahanda Baginda Sultan Yahya Petra sewaktu Baginda mencapai usia 18 tahun, dan ditabalkan sebagai YTM Tengku Mahkota sempena dengan sambutan hari ulang tahun keputeraan Baginda Sultan Yahya Petra yang ke-58 pada tahun 1968.

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah dimasyurkan sebagai Sultan Kelantan ke-28 menggantikan ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Yahya Petra yang mangkat semasa bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-6 pada 29 Mac 1979. Pada 30 Mac 1980, Sultan Ismail Petra yang ketika itu berusia 31 tahun telah dimahkotakan sebagai Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, Kota Bharu Kelantan. Baginda dimahkotakan oleh YBM Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Ahmad Ibni Almarhum Tengku Long Abdul Ghafar.



Mangkat
Sultan Ismail Petra telah mangkat pada 8.11 pagi pada 28 September 2019 di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu dan telah dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?