Miskin Itu Takdir Tapi Pengotor & Pemalas Itu Pilihan


Ada dikalangan kita ditakdirkan untuk hidup dalam keadaan miskin. Miskin itu bagi mereka bukan pilihan tetapi takdir. Mereka tidak malas bahkan mereka cukup rajin berusaha sehinggakan ada yang bekerja sehingga larut pagi ataupun sehingga ke awal pagi.

Mereka ini pulak selalunya segan. Segan untuk meminta bantuan. Mereka lagi suka untuk berusaha sendiri daripada meminta-minta dari orang lain. Kerana itu kadang kala sukar untuk mengesan mereka.



Ada dulu pernah sekali kenalan saya menceritakan ada satu keluarga kat taman perumahan yang didiami dari luaran nampak macam keluarga lain. Cerita sebenar hanya dapat diketahui setelah kenalan saya ini berkunjung ke rumah mereka. Mereka sebenarnya miskin namun tidak pernah lansung mengadu kepada orang lain atau meminta-minta. Selama ini mereka cekal mencari rezeki walaupun tak mencukupi.

Lagi satu selain segan, mereka ini sebenarnya tak tahu diluar ada assistant dari kerajaan yang membolehkan mereka ini keluar dari kepompong kemiskinan. Ini pentingnya jiran. Jiran yang tahu tu kena bagitau mereka. Kena bantu atleast tunjuk jalan bagaimana untuk dapatkan bantuan dari kerajaan. Mungkin ianya menyulitkan kita sedikit sebanyak tetapi inshaalah kalau kita membantu orang lain, Allah akan balas balik dengan ganjaran yang lebih baik. Contohnya, sekarangkan banyak kursus kemahiran yang ditawarkan oleh kerajaan. Dan yang bestnya ianya percuma. Contoh adalah kursus yang ditawarkan oleh ABM ataupun oleh Majlis Agama Negeri ataupun agensi lain dibawah kerajaan. Bagi saya membantu mereka upskilling adalah lebih molek dari sekadar memberi sumbangan. Kenapa begitu ? Kerana sumbangan nih cepat habis. Tapi kalau diorang ini ada kemahiran, inshallah diorang akan mendapat kerja yang lebih baik ataupun dengan kemahiran yang ada boleh bergerak sendiri melakukan perniagaan, contohnya seperti plumbing atau wiring.



Ada satu jenis miskin nih pulak bukan sebab takdir tetapi memang sengaja nak hidup dalam kemiskinan. Miskin sebab malas. Nak kerja malas. Hanya mengharapkan sumbangan semata-mata. Lansung takde jalan nak berusaha. Bagi mereka ini lagi best bangun tido bangun dan pegi lepak tak kesah lah kat bandar pun atau sekadar didepan rumah. Bagi mereka ini buat apa nak bekerja kalau sentiasa ada orang yang membantu. Dah lah malas pengotor pulak. Rumah tu takleh nak cite. Dah takde rupa rumah. Bukan sebab miskin sebab memang spesies pemalas. Kalau dah malas confirm nak kemaskan rumah pun malas, apatah lagi nak gi bekerja. Miskin jenis begini maaflah saya nak bagitau rasa sakit hati jea dalam badan nih.

Ada 1 jenis lagi nih tak tahu jenis apa. Nak kerja malas sedangkan tubuh badan sihat tapi rajin pulak meminta sedekah. Siap pegi rumah ke rumah pulak tu. Saya dah banyak kali terserempak dengan diorang nih. Ada sekali tu nampak diorang datang 1 van. Ada jugak yang datang dengan teksi. Even time PKP tidak menghalang mereka untuk meminta sedekah. Lepas tu ada jugak yang kononnya meminta derma untuk sekolah tahfiz kat Pakistan lah, kat Thailand lah, untuk bina masjid lah. Diorang nih dah banyak kali kantoi didedahkan oleh warga netizen di social media. Saya tak kesah apa orang lain nak kata tapi saya tidak akan sesekali memberi derma kepada golongan seperti ini.



Sepanjang hidup saya ini, saya dah jumpa ramai yang dulunya miskin namun kini hidup berubah. Kat situ apa yang saya perhatikan adalah pentingnya kena ada ilmu. Kerana itu walau miskin macam mana sekalipun, pendidikan jangan diabaikan. Pendidikan adalah salah satu cara untuk mengeluarkan diri dari kemiskinan. Bab pendidikan kita kita kena tolong. Kita kena pastikan anak-anak orang miskin ini pendidikan mereka tidak terpinggir. Penting tu pendidikan untuk mengubah hidup mereka.

Hidup kita ini tak akan berubah kalau kita sendiri tak mengubahnya. Beras tak akan sendiri menjadi nasik. Ikan dilaut tak akan sendiri naik ke atas meja. Perut ini tak akan sendiri kenyang ketika lapar. Penting untuk kita berusaha. Berusaha secara smart. Dan kita ini hidup berkomuniti. Nampak yang tak bernasib baik tu tolong. Jangan mengharapkan orang diluar komuniti kita untuk datang tolong. Lepas tu kalau orang luar datang tolong orang susah dalam komuniti kita, jangan pulak kita halau mereka dengan parang. Sebaik-baik pertolongan adalah dengan membantu tangan menyuap ke mulut. Kalau yang dah takde kemampuan bekerja tu nak buat macam mana, yang itu kita harus memastikan makan minum mereka cukup.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?