Harapan Saya Bila Kelantan Bukan Lagi Negeri Pembangkang


Pada PRU14 yang lepas iaitu pada tahun 2018 bila diumumkan Pakatan Harapan menang majoriti di parlimen dan boleh membentuk kerajaan persekutuan, saya rasa optimist dan penuh harapan untuk negeri Kelantan saya.

Selama ni kan ramai duk kata serba serbi disekat time kerajaan lama, sebab tu Kelantan tak maju dan terus mundur. Sebab tu bila PH pegang tu saya rasa time tu molek untuk Kelantan kerana saya berpendapat kerajaan PH tak sama seperti kerajaan sebelum itu. Takdok doh sekat situ sini (pasal dianaktiri atau sekat sana sini hanya sekadar cakap-cakap orang, sahih ke tidak tak dapat dipastikan kerana tak disokong oleh fakta). Mesti Kelantan akan maju duk tengok hubungan antara pusat dan negeri pun molek, lepas tu royalti minyak pun dapat sekitar RM400 juta. Banyak tu RM400 juta.



Pejam celik pejam celik, kita semua masuk ke tahun 2020. Lepas tu kita semua dikejutkan dengan tumbangnya kerajaan PH yang kemudiannya digantikan oleh kerajaan PN. Uniknya PN kali ini kerana Pas adalah sebahagian dari kerajaan PN. So secara tak lansung Kelantan yang diperintah oleh Pas bukan lagi negeri pembangkang. Ahli parlimen Kelate pun ramai yang dilantik ke jawatan menteri dan timbalan menteri.

Kali nih saya lagi lah optimist. Maklumlah dah bukan negeri pembangkang. Kali ini soal dianaktiri tidak lagi berbangkit kerana Kelantan sehaluan dengan kerajaan diperingkat persekutuan. Kalau takleh membangun dengan pesat lagi tak tahu lah saya. Hari tu oghe oyak pelabur payoh nak masuk kelate sebab keno sekat. Lonih kalau payoh jugok pelabur nak masuk tu gak tu tak tahu lah saya.



Ini harapan saya bila Kelantan bukan lagi negeri pembangkang.

Yang penting banyak pelaburan masuk ke Kelantan. Maksud saya pelaburan tu bukannya bukak shopping mall atau buat rumah kedai banyak-banyak tetapi kemasukan pelaburan jangka panjang contohnya seperti kilang yang dapat memberi banyak peluang pekerjaan untuk anak-anak Kelantan. Lonih penghijrahan anak-anak Kelantan especially yang berpendidikan tinggi tu agak tinggi. Makanya saya harap dengan banyaknya peluang pekerjaan yang memerlukan mereka yang berpendidikan tinggi di Kelantan dapat mengurangkan brain drain kat kelate kito.

Buat maso lonih kita takleh nak oyak gapo lagi memandangkan negara kita dan seluruh dunia dilanda wabak Covid-19 yang membantutkan perkembangan ekonomi yang diramalkan negatif di Malaysia. Ekonomi dijangka pulih hanya pada tahun depan. So tahun depan kita tengok guano pertumbuhan ekonomi di Kelantan. Adakah mencanak naik selepas bukan lagi negeri pembangkang atau masih sama macam sebelum ini. Kita pakat tunggu dan lihat.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan