Penduduk Kat Kg Jembal Kota Bharu Sanggup Tak Mandi Untuk Jimat Air


Ketiadaan air menyebabkan 300 penduduk Kampung Jembal, Kota Bharu mencatu bekalan hingga ada yang tidak mandi, semata-mata mahu menjimatkan bekalan asas itu bagi keperluan penting.

Situasi terbabit dialami penduduk sepanjang Ramadan ini yang menyukarkan mereka untuk menjalani kehidupan dengan baik.

Penduduk mendakwa masalah bekalan air sudah berlarutan sejak lima tahun lalu, namun keadaan meruncing pada awal Ramadan apabila air kerap terputus hampir sepanjang masa.



Penduduk, Abu Jannah Ismail, 63, berkata, dia sekeluarga sangat terkesan dengan ketiadaan bekalan asas itu memandangkan kediamannya didiami 15 beranak termasuk 11 cucu.

"Bayangkan rumah saya ada 15 orang dan sudah tentu memerlukan air yang banyak. Ada kalanya saya meminta cucu mandi di tali air walaupun air di situ kurang bersih.

"Pada masa sama, saya terpaksa memunggah air di rumah saudara sejauh 18 kilometer iaitu di Kampung Dewan Beta, dua ke tiga kali sehari.

"Keadaan ini juga menyebabkan, ada kalanya keluarga saya tidak mandi, semata-mata mahu menjimatkan bekalan air. Seorang anak yang tinggal sebelah rumah pula berpindah sementara ke rumah mentua kerana rumah tiada air," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Abu Jannah mendakwa, sepanjang Ramadan, hanya sekali sahaja pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menghantar bekalan, itu pun bukan semua penduduk yang dapat.


Sementara itu, Abdullah Hamid, 57, yang tinggal tujuh beranak berkata, sudah mengadukan masalah itu kepada AKSB tetapi dimaklumkan loji air rosak.

"Bayangkan setiap hari saya terpaksa memunggah air di kampung sebelah dan ada kalanya terpaksa mengambil bekalan di tali air walaupun tahu air agak kotor.

"Saya tidak tahu selama mana masalah ini akan berlaku dan Ramadan kali ini begitu sukar buat kami seluruh penduduk di sini.

"Harap AKSB tampil menyelesaikan masalah di kampung kami memandangkan Aidilfitri tiba tidak lama lagi," katanya.



Sementara itu, Ketua Jabatan Operasi AKSB, Wan Khairuddin Wan Omar berkata, maklum mengenai masalah di kampung itu dan siasatan mendapati ia disebabkan pengeluaran Loji Rawatan Air Chicha yang menurun akibat kemarau.

Katanya, seramai 1,000 pengguna di sekitar kawasan berkenaan terjejas termasuk Kampung Jembal dan pihaknya akan menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Sumber Harian Metro

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?