Pintasan Bentong Atasi Kesesakan Di Kelantan & Pahang
Masalah kesesakan lalu lintas di daerah ini menjadi kerunsingan penduduk dan pengguna jalan raya sejak beberapa tahun lalu.
Masalah lebih kronik pada setiap kali musim perayaan atau cuti sekolah, dengan kesesakan luar biasa berlaku di laluan menuju ke pekan yang turut menjadi jalan utama ke Pantai Timur.
Bagaimanapun, segala kesulitan itu bakal diatasi sebaik projek jalan pintasan Bentong yang juga sebahagian daripada fasa pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) siap tidak lama.
Projek Bentong Bypass sepanjang 28.5 kilometer (KM) dengan dua lorong itu akan menjadi alternatif baru kepada pengguna jalan raya untuk tidak lagi melalui pekan Bentong yang kerap sesak.
Jalan pintasan yang bermula selepas Plaza Tol Bentong (susur keluar Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak) berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan melalui kawasan Benus dan Kampung Lebu.
Pada masa sama, Lebuh Raya Bentong-Raub sepanjang 54 km yang dijangka siap tahun ini juga bertindak sebagai laluan alternatif baru untuk pengguna jalan raya yang mahu ke Raub dan destinasi lain di Pantai Timur.
Projek CSR sudah tentu membantu menyelesaikan masalah lalu lintas di pekan Bentong terutama ketika Tahun Baru China dan Aidilfitri.
Jalan pintasan bebas tol itu akan mengurangkan separuh kesesakan di kawasan Jalan Bentong apabila dibuka tahun ini.
Bentong sememangnya menjadi laluan kepada penduduk di Lembah Klang dan Pantai Barat untuk ke Raub, Lipis dan Gua Musang selain, Kuala Krai di Kelantan.
INFO:
# Jarak Jalan Pintasan Bentong sepanjang 28.5km menelan belanja RM578.25 juta serta dibahagikan kepada tiga seksyen.
#Projek CSR secara keseluruhan menelan belanja RM6.6 bilion terdiri daripada enam fasa pembinaan.
#Projek CSR meliputi jajaran Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit, Kelantan (51km), Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang, Kelantan (63km), Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang (107km), Kampung Relong ke Raub, Pahang (56km), Raub ke Bentong (60km) dan from Bentong ke Simpang Pelangai (53km).
Sumber Berita Harian

Tuan,
BalasPadamKg relong ke raub akan ikut mana?
Melalui jerkoh ke?