Progress Terkini Lebuhraya Rakyat Di Machang
Agak lama juga kita semua tak tahu bagaimana progress terkini LEBUHRAYA RAKYAT yang 10 KM tu. Yang last adalah penarikan diri kontraktor iaitu Jambatan Kedua Sdn Bhd. Reason tarik diri tak tahu kenapa tetapi it is ok sebab dah ada kontraktro baru iaitu TKSB - China Railway II Joint Venture. Lebuhraya sepanjang 10KM ini dijangka siap sepenuhnya pada 5 Mac 2018 iaitu setahun lebih dari sekarang.
Berikut adalah progress dari udara...
Untuk makluman bagi yang tak tahu yang Lebuhraya Rakyat 10KM adalah sebahagian dari jajaran Lebuhraya CSR menghubungkan Kota Bharu ke Simpang Pelangai yang dijangka siap sepenuhnya tahun 2020. Asalnya kerajaan negeri nak construct lebuhraya rakyat dari KB ke Kuala Krai sejauh 71 KM. Tetapi kerana bajet yang mengekang, selepas perbincangan kerajaan negeri dengan pusat, kerajaan pusat telah mengambil alih pembinaan lebuhraya rakyat ini & kerajaan negeri hanya perlu menyiapkan yang 10 kilometer sahaja dari Bukit Tiu ke Bukit Berangan Mek Nab.
Like Facebook Maafsebut untuk info menarik di kelantan & terengganu
Like Facebook Maafsebut untuk info menarik di kelantan & terengganu
Ulasan
Catat Ulasan