Menyampahnya Lipas Banyak Sungguh Dalam Kereta

Lipas (bukan dua lipa yang popular itu) merupakan musuh utama bagi pemilik kenderaan yang amat mementingkan kebersihan dan kecantikan dalaman kereta mereka.

Tambah menyakitkan jiwa sekiranya lipas tadi sudah pun berumah tangga di dalam kereta kita dan beranak pinak membentuk pasukan bola sepak kebangsaan.

Dilaporkan pada awal tahun lalu, seorang pemandu wanita terbabas disebabkan terkejut dengan gangguan lipas ketika sedang memandu.

Jadi bagaimanakah caranya untuk mengelakkan lipas daripada menghuni kereta anda tanpa kebenaran ?

1. Daun Pandan
Lipas dikatakan kurang menggemari bau-bauan yang terhasil daripada daun pandan.

Jadi penggunaan daun pandan yang segar boleh mengelakkan penjajahan lipas ke atas kenderaan anda. 

Sekiranya daun pandan tersebut sudah layu, sila gantikan dengan daun pandan lain bagi mengekalkan bauan segar pandan di dalam kenderaan anda untuk menghalau lipas. 


2. Kulit lemon dan minyak pudina
Gabungan kedua bahan ini boleh diletakkan di celah-celah ruang yang memungkinkan tempat persembunyian lipas seperti cermin sisi. 

Manakala kepingan buah lemon pula boleh diletakkan di saluran pendingin hawa bagi menghalau serangga daripada menghuni, seterusnya boleh mengharumkan suasana di dalam kenderaan anda. 


3. Hirisan sabun buku
Teknik ini boleh digunakan terutama sekiranya anda tahu jenama mana yang agak kuat baunya bagi menghalau lipas.

Sabun buku tersebut dihiris secara nipis dan kemudian diletakkan di sudut yang berkemungkinan merupakan tempat lipas menghuni.

Akan tetapi, sila awasi anak anda ketika berada di dalam kereta kerana ada kemungkinan anak anda akan termakan hirisan sabun tersebut disebabkan sifat ingin tahu mereka.


4. Dilarang makan di dalam kereta
Kesibukan kehidupan harian memaksa kita melakukan dua tiga kerja di dalam satu masa.

Ini termasuklah makan dan minum sambil memandu sambil sebelah tangan lagi melayari Instagram, membalas PM tepi daripada penjual HotWheels dan sebagainya.

Cara yang terbaik ialah dengan mengelakkan perbuatan makan dan minum semasa di dalam kereta kerana serpihan makanan yang terjatuh itu sebenarnya mampu menarik perhatian serangga dan lipas yang kelaparan.

Sekiranya anda tersengaja makan, sila bersihkan kenderaan anda dengan kadar yang segera bagi mengelakkan pembiakan serangga perosak di dalam kereta anda.

Sumber: Majalah Pendidik & Careta


Jangan lupa untuk follow FB Maafsebut untuk into terbaik terkini di Kelantan Terengganu & Pahang

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Kota Bharu : Baru Lama Yang Masih Under Construction

Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia