Catatan

Sahabat Sejati

Imej
Janganlah semata-mata menjadi rakan kepada teman anda tapi jadilah sahabat kepada teman anda. 1.Memulakan memberi salam apabila bertemu. Motivasi: Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada Allah. Allah sangat cinta pada hamba yang tawaduk. 2. Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya. Motivasi: Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi sama ada di depan maupun di belakang kita. Jadi lakukan perkara yang sama pada kawan kita. 3.Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya. Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap orang lain. 4. Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat. Jika kita sembunyikan bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati. Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang ikhlas dalam persahabatan. Menyampaikan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten menunaikan perkara yang ...

Ceritera Blog

Sungguh saya katakan, saya teruja dan kagum membaca artikel-artikel hasil typing bloggers di alam internet. Tak kiralah ianya berkaitan tentang apa. Bermula dari kupasan tentang kereta, architecture seantero benua, gossip artis dan pelbagai lagi yang memang terlalu banyak untuk diberi contoh satu persatu disini sehinggalah hal ehwal politik tanah air yang popular bukan sahaja dikalangan kaum muda tapi juga kaum tua. Kehebatan dan pengaruh blog yang mampu membuatkan seseorang panas punggung sehinggakan menjatuhkan kerajaan yang dilihat tidak berkemampuan. Lihatlah sendiri apa yang boleh dilakukan oleh wikileads (saya bukan peminat dan pemuja blog ini cuma berkongsi impak besar yang dibawa blog ini). Seantero dunia digegarkan dengan pendedahan yang dianggap secret dikalangan diplomat Negara sehingga apa yang boleh disaksikan sekarang semua Negara mula mengambil tindakan berhati2 terutamanya membincangkan isu Negara lain. Kerana apa? Takut nanti menjejaskan survival Negara terbabit teru...

Sekitar Kota Bharu

Imej
Sambil-sambil driving nie, menarik juga kalau snap photo sekitar kota bharu. Rumah yang aku rasa sebelum merdeka dah tercegat kat sini tapi sayang nampak seperti terbiar. Nampak tak tiram yang gemuk-gemuk nie. Memang sedap.Pakcik nie turut ajar macam mana nak kopek tiram dengan pantas dan selamat. Kebetulan train KTMB melintas. Jenguk-jenguk construction yang tengah berjalan dekat area kota bharu Bayang residences di area kg tapang Impiana condominium. yang tinggi tu phase 1. yang under construction tu phase 2.Khabarnya seunit berharga dalam rm 400000. Blok bangunan baru dalam area HUSM dalam pembinaan. Khabarnya parking bertingkat dan pengurusan akan ditempatkan disini. Bangunan baru SPRM negeri. Nampak cukup gah. Bekas hotel perdana milik PNB. Pembinaan cukup pantas. Kira follow schedule lah. Perasan tak bangunan asal hotel perdana mula dicat balik. Bazaar tok guru yang telah siap. Nama tok guru dipilih untuk mengenang jasa tok2 guru dikelantan. Apa yang aku perasan tiap unit dekat-...

PENARIK BECA KELANTAN

Imej
Penarik beca atau dipanggil drebar teksi sudah sinonim dengan negeri Kelantan. Seakan sudah menjadi satu identiti terutamanya di bandar kota bharu. Dulu, ianya amat popular dan drebar teksi boleh dilihat dimana sahaja mengerah keringat mengayuh roda menghantar penumpang kedestinasi dituju. Popular dikalangan peraih. Seawal pagi dipasar khatijah, senang untuk dilihat sang peraih, kebanyakannya perempuan, memunggah barang dari teksi untuk dijual dipasar. Tapi itu adalah cerita lama. Sekarang, kelibat drebar teksi sukar untuk dilihat. Yang ada pun sudah tua, mengayuh teksi yang dirasakan semakin berat untuk keringat tua, menanti masa untuk pencen dari kerjaya tradisional. Ramai komentar ini lebih suka memandu sendiri ataupun menaiki bas ataupun kereta sewa yang berhawa dingin dan lebih cepat sampai. Sudah tentu drebar teksi tidak mampu untuk bersaing. Dengan pendapatan tidak seberapa ditambah dengan saingan pengangkutan awam lain, ianya bukan pilihan kaum muda. Sang drebar teksi terus ...

Rumah Paling Mahal DiDunia

Imej
1.Antilla, india Bangunan setinggi 27 tingkat ini adalah rumah milik jutawan ke 5 terkaya didunia, Mukesh Ambani. Dengan rekaan kontemparari moden, ianya menelan kos sebanyak 1 billion dollar amerika ataupun 3.2 billion ringgit. Dengan hiasan luaran kebanyakan kaca, ia memiliki siling yang tinggi. Dinamakan sempena pulau mistik era atlantik, Antilla dilaporkan mempunyai keluasan 400000 kaki persegi dan setinggi 570 kaki. Apa yang lebih mengangumkan, antilla mempunyai tempat letak kereta setinggi enam tingkat, panggung wayang persendirian, dewan, studio tarian dan 3 tempat helicopter mendarat. Pemilik dilaporkan menggaji 600 pekerja untuk menguruskan antilla. 2.Villa Leopolda,Perancis Villa yang mengadap French Riviera, dengan 115 km pesisir pantai dibina oleh Raja Leopold II, raja Belgium untuk kekasihnya Blanche Zella Josephine Delacroix yang turut dikenali sebagai Caroline Lacroix. Villa ini digunakan sebagai hospital tentera ketika perang dunia kedua. Setiap kali pem...

123

123

Like FB Maafsebut