Catatan

Where Are You Kids ?

A lecture class in the morning was cancelled and since it was only class that day, I found myself free from morning to night. Since not much thing I can do to fill my free time today, friend of my asked me to accompany him to Low Yat Plaza to buy a new earphone. We ride on KTM Commuter to KL Sentral. We walked to monorail station that is only distance from KL Sentral to Bukit Bintang. We were not in hurry, so we decided to wander around Times Square. Not so many people during this time and we kept walking because we have no business in mind here just to clean up our eyes. But what really surprised me and made me focused point of view to a group of teenagers. Some of them still wearing baju sekolah and others seem fashionista with weird clothes and make up. So weird I thought they were visitors from planet mars. To critic how they look like is not my attention but where they were now made me think. Should they, at this morning, being in school? Not in shopping mall. Or their class canc...

Padang Bas

Sebelum hendak berbaque, perkara yang paling penting adalah kena hidupkan api sehingga arang bertukar menjadi bara merah. Asap berkepul-kepul, sesak nafas penulis. Bukannya penulis mahu mengajar memasak tapi mahu berkongsi sikit pasal bau dari asap arang. Baunya unik dan tak silap penulis, bau yang signifikan dengan kedai kopi masa dahulu. Agaknya mereka memanaskan air menggunakan arang bukan gas macam zaman sekarang. Entah kenapa bau arang berasap ni mengingatkan penulis tentang sebuah tempat yang amat famous di Kota Bharu suatu ketika dahulu. Tempat dimana ‘sengebo mokniko ado’ atau macam-macam ada. Mana lagi kalau bukan Padang Bas. Tempat dimana KBTC Mall gah berdiri sekarang. Kalau diceritakan pada generasi baru mungkin mereka tak  berapa kenal tapi agak-agak sebaya ataupun muda sikit ataupun orang lama dari penulis tentu tersenyum bila disebut Padang Bas. Kira tempat ni macam open shopping kompleks lah bagi kami, penduduk Kota Bharu. Dulu mana ada shopping mall semoden sekara...

Melihat Dengan Mata Akal

Imej
Marilah kita sama-sama menghayati kisah Imam Abu Yusuf yang berlaku pada dirinya semasa kecil. Kisah ini mengandungi banyak pengajaran buat kita semua. Ayahku meninggal apabila aku masih kecil. Lalu ibu membawaku kepada seorang tukang jahit untuk belajar ilmu menjahit daripadanya. Setiap kali aku pergi ke kedai jahit, aku melalui tempat dimana berlansung majlis ilmu Abu Hanifah. Aku singgah dalam majlis itu untuk mendengar pengajaran beliau. Apabila itu berlaku, ibuku segera datang dan menarik tanganku. Dia membawa aku keluar dari majlis itu, lalu ke kedai jahit semula. Suatu hari, aku memutuskan untuk meninggalkan kursus jahitanku. Aku ingin hadir dalam majlis Abu Hanifah sepenuh masa. Aku lalu melakukannya. Beberapa masa kemudian, ibuku menemui Abu Hanifah sambil marah-marah. Ibuku berkata kepada beliau “budak ini anak yatim. Kami tidak memiliki apa-apa selain hasil pekerjaanku memintal benang. Oleh sebab itu, aku ingin dia belajar menjahit agar boleh membiayai hidupnya. Namun s...

BELI SEKARANG SOLUSI BULAN JUNE

Imej
Order sekarang majalah Solusi bulan Jun sekarang. Tekan SINI Tak tahu macam mana cara pembelian. Tekan SINI

Satu Ujian

Imej
 You're not alone... Setiap orang tidak terlepas diuji oleh Allah swt. Dan setiap ujian itu berdasarkan kemampuan sang hamba memikulnya. Hanya dengan ujian kita akan bermuhasabah. Hanya dengan ujian kita makin rapat denganNya. Kita takkan berputus asa menangis menadah tangan mengadu dan memohon keringan dugaan daripadaNya. Hanya kepadaNya kita bergantung. Bukan kepada makhluk lain. Bukan kepada kawan yang hanya muncul ketika gelak ketawa tetapi hilang ketika kita bersedih... Mengadulah dan merintihlah kepada Allah...nescaya hati berasa lapang.....

Disebalik Penipu Ada Juga Yang Jujur

Lebih kurang 4 tahun lepas ketika masih menetap di Selangor, penulis on the way ke KL Sentral untuk pulang ke kampong di Kelantan. Biasanya penulis akan ke sana dengan komuter kerana berdekatan dengan tempat tinggal penulis dan sudah tentu tiketnya murah berbanding perkhimatan awam lain. Penulis masih ingat, waktu itu sudah petang dah hujan baru berhenti. Bersama beg yang agak berat, penulis bersesak-sesak dengan orang ramai menanti komunter yang tak kunjung tiba di stesen komuter. Pengumuman demi pengumuman dibuat tentang kelewatan komuter. Orang ramai makin resah ditambah dengan jumlah yang menunggu semakin ramai. Penulis lagilah resah. Jam sudah agak lewat dan penulis masih tercegat kat sini. Bukan apa takut ditinggal keretapi. Tak balik kampunglah nanti penulis. Tunggu punya tunggu, penulis mengambil keputusan untuk naik ERL di salak selatan. Penulis bedal je mana-mana teksi yang ada. “ERL Salak Selatan.” Kata penulis. “Nak pegi mane ?” Tanya driver teksi. “Nak gi KL Sentral. Nak b...

Masuk University

Tersenyum penulis melihat adik-adik sibuk mengisi borang kemasukan ke IPT selepas keputusan SPM diumumkan baru-baru ini. Sebab penulis sendiri pernah mengalami pengalaman yang sama. Keputusan SPM yang tak secemerlang pelajar cemerlang tidak membataskan penulis mencari option yang ada di Malaysia (oversea option out of head lah. Apply pun confirm tak lepas dengan keputusan SPM penulis yang cukup bernafas ). Tak kisahlah diploma ke, sijil atau matrikulasi. Semua penulis isi dengan teliti. Dek teliti yang amat, entah berapa borang penulis asyik silap. Membazir sungguh. Dulu tak secanggih zaman sekarang, semua diisi online dah selesai. Kami dulu kena isi borang secara online lepas tu kena pula isi yang di atas kertas dan poskan ke alamat yang berkenaan. Alih-alih ada juga rezeki untuk penulis. Tiga tawaran penulis dapat. Seronok sungguh, akhirnya dapatlah merasa menjejakkan kaki lebih tinggi walaupun tak setinggi awan ( oversea ). Bila surat tawaran dah dibalas, preparation untuk ...

Like FB Maafsebut