Catatan

Broad Slow Band

Hati mana tak panas tak hot kalau disaat-saat memerlukan, time nie lah internet slow tahap cipan mengalahkan siput berlumba lari 10 meter. Aman dahlah on the rush, tugasan perlu disiapkan. Simple jea. Nak sent email. Tupun ambik masa berkurun. Rasa terseksa giler tahu tak.  Kalau kata complaint, dah rasa malas nak complaint. Buat perabih air liur tapi result macam tulah jugak. Rasa sakit hati bila teringat balik masa awal-awal subscribed dulu. Punya iklan takleh blah. Segala serba serbi deras macam air sungai tengah deras. Alih-alih hampeh. Habuk pun tarak. So senang cerita, aman ambik langkah drastik, kita potong. Bazir duit jea bayar tiap-tiap bulan tapi quota tak pernah pun abih. Puas hati aman bila dah perkhimatan broad slow band tu ditamatkan.

Emosi La Pula

Imej
Emosi. Orang puteh panggil emotion. Maksudnya sama saja. Nak kecek sikit pasal emosi nih, pada pendapat aman banyak memainkan peranan dalam seharian kita hidup nih. Kerana emosilah kita menangis, gembira, sedih, marah dan sebagai banyak lagi hal yang boleh dikaitkan secara lansung dengan emosi. Beremosi nie bagus sebenarnya. Kerana emosilah kita dipanggil manusia bukan robot. Robot mana ade perasaan kan ?  Yang tak bagusnya kalau terlebih emotion. Bahaya tau tak. Boleh bawak mudarat kat diri kita. Betul tak ? Setuju tak dengan aman ? Kerana emosilah mak bapak boleh sampai ketahap mendera anak. Tahulah budak tu nakal tapi janganlah berlebih. Kesian dia. Bukan dia tahu ape pun. Budak, tahu apa. Tahu nak berseronok adelah. Mendidik anak takleh dengan emosi berlebih tapi kena smart. Begitu jugak kat ofis. Hanya kerana boss nak marah kat bini dia kat rumah tapi tak boleh sebab takut, staff kat ofis jadi mangsa. Serba serbi tak kena. Begitu jugak kalau kehilangan sesua...

Bak Keldai Berbicara

Kalau kite tak tahu, kita kena tanya yang tahu. Senang cite rujuk pada pakar atau expert. Samalah jugak, kalau sakit, kita pegi jumpa doktor. Kalau kereta rosak, kita suruh pomen repair. Kerja gila kalau sakit pegi rujuk pada engineer takpun kalau kereta rosak kita suruh doktor perubatan repair. 

Pada Suatu Ketika....Berjale-jale di KLCC

Imej
Tahun 1999 dihujung tahun tersebut.... Aman ingat jelas skali waktu itu adelah 1st time aman menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Bunyi macam kesiankan ? Orang lain holiday oversea, aman dapat jejak kaki ke KL pun kire dah excited sangat.. Dan bile dapat chance tu, mak oii suke bukan main. Rasa macam nak melompat. Iyelah, kalau sebelum nie kenal KL kat tv, pastu masa tu budak lagi. Mana budak yang tak suka dapat makan anginkan.

Menjenguk Pantai Sri Tujuh

Imej
Pantai Sri Tujuh nie orang kenal sebab 1 benda. Pantai nie suka telan orang. Maksud lainnya kat sini agak bahaya sebab banyak area tu tanah jerlus. So kalau tak berhati-hati, memang cari nahas. Bagi aman pulak, kalau nak pegi Pantai Sri Tujuh hanya atas 1 sebab saja. Nak pegi beli oyster. Kat Kelate nie setahu aman takde tempat dah jual oyster melainkan kat pantai telan orang nih. Kalau nak pegi sana, nak tak nak kena melintas rel keretapi Tumpat. Syok, boleh tengok keretapi kejap. Tumpat nie kalau bagi yang tak tahu adelah perhentian terakhir bagi KTMB. Jalan menuju ke Pantai Sri Tujuh nie agak benggang bekok so amatlah dinasihati untuk tidak memandu laju. Drive biasa ja. Kan tak pasal-pasal terlajak ke dalam laut.

Tok Bali Bay

Imej
Aman ambik masa singgah kejap untuk beli fresh seafood.... Pasaraya Kedai Rakyat 1 Malaysia pun ade kat sini. Orang kat Terengganu pun nampak ramai shopping kat sini...

Pegi Masjid Buat Dosa

Ape nak jadilah. Selalunya kalau pegi masjid, tujuannya adelah satu, nak buat ibadat. Ibadat nie pulak luas. Bukan setakat solat, bersihkan halaman masjid pun dikira ibadat. Tapi entah ape kenanya, certain dari manusia yang ade kat bumi bertuah Malaysia nie pegi ke masjid untuk buat dosa. Dosa apa ? Tadi masa pegi semayang Jumaat yang wajib untuk semua kecuali yang uzur [ walaupun aman perasan benar dan orang lain jugak perasan yang banyak jugak kelibat manusia yang berpeleseran dan lepak dalam kawasan masjid sewaktu solat dilaksanakan ] , salah sorang AJK masjid buat annoucement untuk melakukan solat hajat. Solat hajat dijauhkan bala kat masjid kampung aman nih.  Bala ape ? Kegiatan mencuri makin menjadi-jadi. Kalau selipar hilang tu dah kira common, nie dah tahap sehinggakan memecahkan cermin kereta. Yang terlatest, ade seorang hamba Allah dari Kuala Lumpur singgah untuk solat di masjid kampung aman mendapati keretanya dipecahkan dan segala serbi dalam keret...

Like FB Maafsebut