Catatan

Paya Bunga Square : Shopping Mall Pertama Kuala Terengganu

Imej
Ini dia gambar PB Square yang masih lagi dalam pembinaan. Gambar ini saya ambik ketika berkunjung ke Kuala Terengganu minggu lepas. Boleh kata banyak yang dah siap dan pada pengamatan saya mungkin tahun depan atau hujung tahun ini PB Square akan dibukak. Pasal kedai apa yang nak dibukak kat dalam PB Square saya pun tak pasti. Ada yang kata Metrojaya nak bukak tapi ini hanya sekadar khabar angin. Selalunya pihak pengurusan kompleks beli belah akan mengwarkan kedai-kedai apa yang akan dibukak nanti tapi PB Square unik sikit sebab kita pun tak tahu apa yang akan dibukak kat sana nanti. So kalau nak tahu kena tunggu PB Square siap lah.

Aidilfitri Datang Lagi

Imej
Pejam celik pejam celik, bangun tido bangun, sekejap jea rasanya kita berpuasa di bulan Ramadhan ini. Tinggal kurang dari 10 hari lagi bulan yang penuh berkat ini akan meninggalkan kita dan akan menjelangnya Syawal. Walaupun Syawal lambat lagi tapi dah terasa bahangnya. Kalau bukak facebook semua cakap pasal nak balik raya, biskut raya, baju raya, semualah pasal raya. Rakan-rakan yang jauh pulak mula pening pasal tiket abih, mula buat plan nak pegi beraya kat rumah sapa. Kalau kat tempat saya nie pulak, iaitu Kota Bharu, bandar dah start penuh dengan manusia yang nak shopping. Keluar sabtu lepas rasa menyesal pulak sebab jalan raya jem, orang berpadat-padat atas satu tujuan : shopping raya.  Walaupun kita nie semua tengah kalut nak raya janganlah pulak terlupa yang dalam 10 ramadhan terakhir nie adanya malam Lailatur Qadar. Jangan la pulak busy sangat buat persiapan raya sampai kita terlepas malam yang dimana seperti beribadat 1000 bulan. Kalau dibahagikan lebih kurang...

Singgah Solat Di Masjid Kristal

Imej
Pernah ziarah Masjid Kristal kat Taman Tamadun Islam tak ? Saya nie pun baru pertama kali datang singgah sini walaupun datang ke Kuala Terengganu dah banyak kali.  Asalnya saya singgah sekejap kat Giant Kuala Terengganu sebab nak beli Rotiboy. Rotiboy nie memang favourite saya tapi kat Kota Bharu take la pulak outlet Rotiboy, jadi kalau singgah Kuala Terengganu lah baru dapat merasa Rotiboy.  Ingat nak terus aje balik ke Kota Bharu tapi masa melintasi jambatan, sepupu saya terkelih Masjid Kristal dari jauh, dia pun bagitau saya suruh singgah kejap sebab dia tak pernah lagi kesana. OK jugak idea tu sebab saya pun tak pernah singgah ke Masjid Kristal, sambil itu boleh terus solat zuhur nanti. 

Jom Makan Ikan Bakar Ana Petai

Imej
Kalau pegi Kuantan nie apa yang saya memang takleh nak miss adalah ikan bakar. Sini memang banyak restoran yang specialize dalam hidangan bakar membakar nie tapi nak cari yang sedap tu yang susah.  Kalau nak cari ikan bakar kena pegi Tanjung Lumpur, sini memang banyak kedai makan bakar membakar nie. Dalam banyak-banyak tu saya paling suka adalah kat Ikan Bakar Ana Petai. Tau tak kenapa dia taruk perkataaan petai tu ? Sebab kalau hidangan ikan bakar tu kat atas dia ada sambal petai. Memang sedap...Tak tipu.  Kalau nak makan kat sini, diorang ada 3 cawangan, boleh pilih mana yang rasa berkenan, kena datang awal sebab orang memang ramai. Bersesak manusia nak makan kat situ.  Kebetulan ini adalah bulan puasa, saya pegi tempah awal-awal sebelum masuk bukak puasa. Senang buat macam nie. Datang nanti bukak puasa, semua makanan dah terhidang macam kat dalam gambar kat bawah nie

Kuala Terengganu City Scape

Imej
Aku dah lama sangat nak ambik gambar bandaraya Kuala Terengganu tapi tak pernah sempat pun. Pegi dah banyak kali tapi takde chance lansung nak ambik gambar. Alhamdulillah kali nie sempat. Nak cari tempat nak biar the whole town masuk dalam kamera susah la pulak. Takkan nak berhenti atas jambatan kot walaupun itu adalah best spot untuk ambik gambar. Alih-alih dah puas cari, aku pegi ke Masjid Kristal. Yes !! Itu adalah tempat yang suitable untuk ambik gambar bandaraya Kuala Terengganu. Dan inilah hasilnya. Maaf lah kalau ada yang rasa kurang berpuas hati dengan apa yang aku ambik nie. Lagi pun aku nak cepat nak balik ke Kota Bharu. So takleh nak rilek mana sangat. Kalau sebelum nie aku kalau upload gambar, aku pilih-pilih, tak letak semua tapi kali nie aku letak semua sekali.

Menipu Di Bazar Ramadhan

Imej
Aduhai...Ape la nak jadi ?? Saya tahu dan mengerti ramai yang mengambil kesempatan di dalam bulan ramadhan yang mulia ini dengan berniaga. Bukan lagi rahsia berniaga di bulan puasa nie untung luar biasa, lebih dari bulan-bulan biasa. Betapa hebatnya bulan Ramadhan.

Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit

Imej
Ingat lagi tak masa kita kecik dulu ? Selalukan mesti ada program dengan pihak bank yang suruh kita simpan duit kat bank diorang. Kalau tak silap saya masa tu BSN, AMBank dan Bank of Commerce (sekarang CIMB) akan datang ke sekolah dan mendidik peri

Like FB Maafsebut