Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit


Ingat lagi tak masa kita kecik dulu ? Selalukan mesti ada program dengan pihak bank yang suruh kita simpan duit kat bank diorang. Kalau tak silap saya masa tu BSN, AMBank dan Bank of Commerce (sekarang CIMB) akan datang ke sekolah dan mendidik peri
pentingnya menyimpan bukan dibawah bantal tapi di bank yang lebih selamat. Saya nie pulak yang masa tu kecik lagi dengan kawan-kawan berlumba-lumba simpan duit, tengok sape yang paling banyak, dia yang menang.

Itu dulu. Tapi bila dah besar, lain pulak jadinya. Saya tak boleh lupa disaat first time memegang kad ATM. Dah takde dah niat simpan duit, niat perabis duit tu adelah. Duit yang keluar tu lagi banyak dari yang masuk. 

Tapi sampai satu saat, suatu hari, saya tengok bank statement saya, rasa menyesal. Kenapalah aku nie cukup boros, joli sana sini tanpa fikir pentingnya untuk simpan duit untuk masa depan. 

Belum lagi terlambat buat saya. Tiada erti terlewat. Tak guna menyesal tapi takde tindakan susulan. So, kena start menabung balik. Takpe sikit pun janji tiap bulan mesti simpan. 

Masa muda-muda macam nie la kita kena start pandai menabung pandai urus kewangan. Jangan jadi macam saya, lepas berjoli sakan baru kepala tu terhantuk. Jangan tunggu air bah baru nak kalut, jangan nasi menjadi bubur baru nak geleng kepala.Mulakan sekarang dimasa net income kita nie masih lagi tinggi. Tak dibebani sebarang loan lagi. 

Mungkin ade jugak yang kasi excuse macammana nak urus kewangan ?? Duit selalu takde. Selalu nak kena pakai. Say no to excuse !! Kalau tak reti tak ape. Takde orang marah pun. Kan kat Malaysia nie ada AKPK iaitu Agensi Kauseling Pengurusan Kewangan. Yang seronoknya khimat diorang adelah percuma. Luangkan sikit masa untuk belajar serba banyak pasal finance management. 


Elakkan dari berjoli sakan tapi prudentlah dalam berbelanja. Better kita start sekarang. Jangan tunggu bila masa dah terlambat. 

Tiru macam mana mak ayah datok nenek kita. Diorang hidup susah jadi merancang kewangan adalah penting buat mereka supaya dapur tu berasap, anak dapat bersekolah dan macam-macam lagi keperluan. Walaupun ada yang cakap zaman mereka dan kita berbeza tapi ada satu yang sama iaitu disiplin. Disiplin yang tinggi perlu sangat supaya kita dapat control kewangan kita. 

Ingat...jangan wang jadikan kita hamba tapi jadikan wang bekerja untuk kita.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?