Catatan

Sushi King, O'Briens Dan Banyak Lagi Akan Di Buka Di Kota Bharu

Imej
Sejak akhir-akhir ini, rasa macam fenomena pulak bila dengar khabar berita fast food macam-macam nak bukak di Kota Bharu, the state capital of most eastern at Malaysia's peninsular. Yang first iaitu my favourite iaitu Sushi King katanya akan dibukak di level 4 KB Mall. Saya tak tipu sebab ada buktinya. Dan ini buktinya :

Raya Dinner

Tahun ini adalah tahun kedua kami semua dinner raya sempena Aidilfitri yang mulia. Sambil-sambil makan tu dapatlah bertemu muka dengan sahabat handai yang jauh di perantauan. Hanya waktu raya macam nie lah kami semua dapat berjumpa, dapat bertanya khabar, dapat lepas rindu, dapat macam-macam lah. Asal plan nak makan chim-chum aje. Senang. Tapi bila discus balik rasa tak syok pulak nak makan chim-chum. Tak best pulak rasanya. So sebab saya yang propose dan master planner, terpaksa lah mencari restoran yang sedap-sedap untuk raya dinner nanti. 

Orang Lain Raya Aku Pulak Cirit Birit

Last day puasa hari tu, saya macam biasa pegi beli juadah berbuka kat bazaar Ramadhan di Taman Bendahara. Follow bersama saya petang tu abang dan jugak anak-anak dia. Lepas selesai beli juadah serba sedikit yang rasa-rasa terliur nak makan, kami semua singgah kejap di Hypermarket Pantai Timur sebab saya nak beli susu. The whole ramadhan nie saya banyak minum susu terutamanya waktu sahur sebab bila minum susu nie rasa waktu tengah puasa siang hari rasa bertenaga sikit. 

Paya Bunga Square : Shopping Mall Pertama Kuala Terengganu

Imej
Ini dia gambar PB Square yang masih lagi dalam pembinaan. Gambar ini saya ambik ketika berkunjung ke Kuala Terengganu minggu lepas. Boleh kata banyak yang dah siap dan pada pengamatan saya mungkin tahun depan atau hujung tahun ini PB Square akan dibukak. Pasal kedai apa yang nak dibukak kat dalam PB Square saya pun tak pasti. Ada yang kata Metrojaya nak bukak tapi ini hanya sekadar khabar angin. Selalunya pihak pengurusan kompleks beli belah akan mengwarkan kedai-kedai apa yang akan dibukak nanti tapi PB Square unik sikit sebab kita pun tak tahu apa yang akan dibukak kat sana nanti. So kalau nak tahu kena tunggu PB Square siap lah.

Aidilfitri Datang Lagi

Imej
Pejam celik pejam celik, bangun tido bangun, sekejap jea rasanya kita berpuasa di bulan Ramadhan ini. Tinggal kurang dari 10 hari lagi bulan yang penuh berkat ini akan meninggalkan kita dan akan menjelangnya Syawal. Walaupun Syawal lambat lagi tapi dah terasa bahangnya. Kalau bukak facebook semua cakap pasal nak balik raya, biskut raya, baju raya, semualah pasal raya. Rakan-rakan yang jauh pulak mula pening pasal tiket abih, mula buat plan nak pegi beraya kat rumah sapa. Kalau kat tempat saya nie pulak, iaitu Kota Bharu, bandar dah start penuh dengan manusia yang nak shopping. Keluar sabtu lepas rasa menyesal pulak sebab jalan raya jem, orang berpadat-padat atas satu tujuan : shopping raya.  Walaupun kita nie semua tengah kalut nak raya janganlah pulak terlupa yang dalam 10 ramadhan terakhir nie adanya malam Lailatur Qadar. Jangan la pulak busy sangat buat persiapan raya sampai kita terlepas malam yang dimana seperti beribadat 1000 bulan. Kalau dibahagikan lebih kurang...

Singgah Solat Di Masjid Kristal

Imej
Pernah ziarah Masjid Kristal kat Taman Tamadun Islam tak ? Saya nie pun baru pertama kali datang singgah sini walaupun datang ke Kuala Terengganu dah banyak kali.  Asalnya saya singgah sekejap kat Giant Kuala Terengganu sebab nak beli Rotiboy. Rotiboy nie memang favourite saya tapi kat Kota Bharu take la pulak outlet Rotiboy, jadi kalau singgah Kuala Terengganu lah baru dapat merasa Rotiboy.  Ingat nak terus aje balik ke Kota Bharu tapi masa melintasi jambatan, sepupu saya terkelih Masjid Kristal dari jauh, dia pun bagitau saya suruh singgah kejap sebab dia tak pernah lagi kesana. OK jugak idea tu sebab saya pun tak pernah singgah ke Masjid Kristal, sambil itu boleh terus solat zuhur nanti. 

Jom Makan Ikan Bakar Ana Petai

Imej
Kalau pegi Kuantan nie apa yang saya memang takleh nak miss adalah ikan bakar. Sini memang banyak restoran yang specialize dalam hidangan bakar membakar nie tapi nak cari yang sedap tu yang susah.  Kalau nak cari ikan bakar kena pegi Tanjung Lumpur, sini memang banyak kedai makan bakar membakar nie. Dalam banyak-banyak tu saya paling suka adalah kat Ikan Bakar Ana Petai. Tau tak kenapa dia taruk perkataaan petai tu ? Sebab kalau hidangan ikan bakar tu kat atas dia ada sambal petai. Memang sedap...Tak tipu.  Kalau nak makan kat sini, diorang ada 3 cawangan, boleh pilih mana yang rasa berkenan, kena datang awal sebab orang memang ramai. Bersesak manusia nak makan kat situ.  Kebetulan ini adalah bulan puasa, saya pegi tempah awal-awal sebelum masuk bukak puasa. Senang buat macam nie. Datang nanti bukak puasa, semua makanan dah terhidang macam kat dalam gambar kat bawah nie

Like FB Maafsebut