Raya Dinner

Tahun ini adalah tahun kedua kami semua dinner raya sempena Aidilfitri yang mulia. Sambil-sambil makan tu dapatlah bertemu muka dengan sahabat handai yang jauh di perantauan. Hanya waktu raya macam nie lah kami semua dapat berjumpa, dapat bertanya khabar, dapat lepas rindu, dapat macam-macam lah.

Asal plan nak makan chim-chum aje. Senang. Tapi bila discus balik rasa tak syok pulak nak makan chim-chum. Tak best pulak rasanya. So sebab saya yang propose dan master planner, terpaksa lah mencari restoran yang sedap-sedap untuk raya dinner nanti. 

Mula-mula saya survey Medan Ikan Bakar Kuala Besar. Hampeh betul sebab date yang kitaorang semua dah set tu kedai makan kat situ tak bukak untuk bisnes lagi. Cuti raya lagi. 

Lepas tu pegi ke Rangnok Restaurant di Tunjong. Dah banyak kali saya makan disini dan makanan disana memang sedap. Tapi sayang sekali sebab seperti jugak kedai makan yang mula-mula saya pegi tu, diorang masih lagi bercuti raya. Hampa betul saya.

Next stop, Restoran Mawar Merah di Wakaf Che Yeh. Sekali lagi saya dihampakan. Tutup jugak. 

Lepas tu baru saya teringat ada satu lagi restoran di Sri Cemerlang. Bukan Four Season tapi Payang Serai. Tahun lepas kitaorang dinner di Four Season tapi tahun ni dah taknak sebab tak sedap. Sebelum nie makan kat sana sedap. Tak tahu kenapa hari tu makan tak sedap bagi sayalah, orang lain saya tak tahu.

Masalahnya Payang Serai saya pegi tadi tutup lagi tapi diorang dah bukak masa kitaorang nak dinner nanti. So, esok saya akan pegi sekali lagi untuk reserve tempat dan order awal-awal. Nanti bila dah time dinner senang, sampai terus makan.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?