Tangguh Tangguh Dan Tangguh

"Kejap lagilah.Mase banyak lagi"

"Exam lambat lagi.Wak ape nak belaja awal-awal"

"Nantilah dulu"

Pasti anda semua biasa dengan dialog diatas. Menangguhkan dulu sesuatu perkara dan yang lebih merbahaya, kita pandai saja mencari alasan untuk menyedapkan hati dengan berkata masa banyak lagi. Tangguh itu dan ini lama kelamaan boleh menjadi tabiat. Ya, tabiat yang tak elok lagi negatif. Kalau tidak diatasi lebih awal akan menyebabkan kita menyesal tak sudah di masa depan dan mungkin turut menyusahkan orang lain dengan tabiat suka tangguh kita. Kalau kita bekerja di syarikat, hasil kerja kita mungkin tak seberapa kerana bila asyik tangguh dari satu masa ke masa yang lain, bila dah sampai dateline mulalah tak senang duduk dan target bukan lagi menghasilkan kerja yang perfect tetapi setakat menyiapkan kerja. Kalau macam nilah, alamatnya tak naik pangkat atau gajilah. Pegawai atasan juga mungkin memandang kita dari persepsi negatif. Begitu juga dengan pelajar. Agak-agaknya cemerlang tak keputusan exam kalau study last minute. Tapi itu pun tak menyedarkan mereka. Alasan mereka hero mana kalut.Buat rilek jea. Hasilnya, degree memang ada tapi pencapaian tak seberapa. Bila nak kerja merungut tak dapat kerja. Alasannya syarikat terlalu memilih.

Sebenarnya tangguh ni bukan sentiasa negatif kalau kita pandai merancang. Contohnya kalau kita ada 2 assignment dalam satu masa. Kita boleh membahagi mengikut prioriti. Tengoklah dateline dan juga tahap kritikal sesuatu kerja atau samada ianya kerja solo ataupun berkumpulan. Hasilnya bukan sahaja memuaskan tapi kita juga akan berasa puas hati kerana sudah memberi 200 peratus komitment.

Jadi berpada-padalah dalam menangguh, jangan menyesal kemudian hari. Macam kata orang tua bubur tak lagi boleh menjadi beras.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?