Selamat Berpuasa
يَـٰٓأَيُّهَا  ٱلَّذِينَ  ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا  كُتِبَ عَلَى  ٱلَّذِينَ  مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
Wahai   orang-orang  yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana   diwajibkan atas  orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu   bertakwa.
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah  berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan  anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan  membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada  pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu  dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia  berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi  Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum  di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang  berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya  apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila  bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam  Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Semoga di bulan Ramadhan ini, kita kaum muslimin diberi kekuatan untuk menunaikan ibadat puasa yang diterimaNya bukan sekadar semata-mata lapar dan dahaga.
Selamat menyambut ramadhan al mubarak 
Ulasan
Catat Ulasan