Kita Boros


‘We overspend’ tajuk utama The Star Khamis 22 September lepas mengenai rakyat Malaysia yang amat boros. Tidak mengejutkan bila data menunjukkan lebih kurang 41 orang diistiharkan muflis setiap hari, yea SETIAP HARI. Cukup membimbangkan. Sebabnya satu kerana hutang setinggi gunung, berbelanja like tomorrow is no more. Yang lebih merisaukan adalah majority yang muflis mostly because of credit card debts adalah yang berumur 40 kebawah.

 Mereka tidak kisah akan akibatnya, apa yang dikatakan oleh CEO Fomca, Datuk Paul Selvaraj. Menurutnya lagi ramai yang telah pun menghadapi masalah kewangan pada usia muda. Puncanya kerana sikap shopaholic atau boros berbelanja dan juga tidak tahu merancang personal finance. Hal ini tidak memeranjatkan melihat macam mana generasi sekarang dibesarkan, penuh dengan kesenangan berbeza sekali dengan cari generasi terdahulu dibesarkan. Ini dapat dilihat pada jawapan yang diberi oleh anak-anak muda dalam satu survey oleh Fomca. Ramai yang beranggapan ibu bapa mereka tidak perlu bekerja untuk mendapatkan wang dan bila ditanya dari mana datangnya duit, jawapan mereka ringkas sahaja, mesin atm.

Dengan lebih 300 shopping malls dan tidak termasuk yang sedang dibina, dirancang dan hamper siap di Malaysia, ditambah pula dengan iklan-iklan yang memainkan peranan tentang gaya hidup mewah dan stlyo termasuklah unsur-unsur lain seperti pengaruh rakan, semuanya memainkan peranan mendorong rakyat Malaysia berbelanja lebih dari kemampuan mereka.

Tiada jalan lain kecuali perlunya kita beringat dari awal. Kepada yang tersasar, masih ada peluang untuk anda. Baiknya kerajaan nie, mereka tidak membiarkan sahaja rakyatnya. Melalui Bank Negara, satu agensi iaitu Agensi Kaunseling Perancangan Kewangan (AKPK) ditubuhkan bagi membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dan termasuklah menyusun semula hutang. Rasanya disemua negeri memang ada branch AKPK. Ringan-ringankanlah kaki untuk mengunjungi AKPK.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?