Nasi Kerabu Baik Untuk Kesihatan ?


Nasi kerabu adalah sejenis nasi ulam, dengan nasi bewarna biru yang sebut sahaja namanya, pasti semua dah terbang melayang-layang ke negeri yang popular dengan gelaran Serambi Mekah. Nasi kerabu adalah menu yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan yang sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian

Walaupun ada nasi kerabu bewarna kuning, nasi kerabu warna biru adalah satu kemestian dan warna biru ini adalah dari warna bunga telang yang direndam sebagai pewarna. Bunga telang yang digunakan untuk memberikan warna biru pada nasi kerabu juga dikenali sebagai butterfly-pea (Clitoria ternatea).

Warna Biru Pada Nasi Kerabu Mampu Kurangkan Masalah Hilang Ingatan

Menurut kajian Chemical composition and anti-proliferative properties of flowers of Clitoria Ternatea, terdapat banyak khasiat daripada bunga telang dan ia juga telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, seperti untuk menyembuhkan penyakit. Antara khasiat-khasiat bunga telang adalah seperti berikut.

1 – Meningkatkan keupayaan berfikir dan mengurangkan masalah hilang ingatan.
2 – Melawan kanser dan pertumbuhannya.
3 – Merawat keradangan dalaman dan pembengkakan tubuh.
4 – Merawat penyakit mata seperti ‘pink eye’ atau konjunktivitis
5 – Menyembuhkan penyakit kulit dan sengatan serangga.
6 – Anti-penuaan

7 – Menyuburkan, menggalakkan pertumbuhan dan mengurangkan keguguran rambut.

Adakah nasi kerabu makanan kegemaran anda? Walaupun penyediaan nasi kerabu agak rumit dan renyah sebab banyak nak disediakan, yang membuatkan ramai yang membelinya dari membuatnya sendiri di rumah. Selamat menjamu selera !

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?