Sahabatnya Menitiskan Permata Dan Mutiara


Kisah ini diceritakan sendiri oleh sahabat saya ketika masih menuntut di universiti dahulu. Kisah ini memang menyentuh hati saya dan saya kagum sekali dengan sahabat kepada sahabat saya ini. Kerana itu saya rasa terpanggil untuk berkongsi bersama pengungjung blog ini sebagai satu teladan dan patut dicontohi oleh kita semua. 



Kejadian nie berlaku semasa zaman persekolahan menengah. Lebih tepat lagi semasa tingkatan lima. Menurut sahabat saya, dulu dia boleh dikira agak sedikit nakal. Al maklumlah ketika zaman remaja semuanya nampak menarik, semuanya nampak indah, semua berani nak cuba walaupun salah. Untungnya sahabat saya nie dia dikurniakan oleh Allah seorang manusia yang boleh digelar sahabat sejati. Yakni manusia yang mahu melihat manusia lain berjaya dunia dan akhirat. Bukannya sekadar teman untuk berseronok tapi menghilang bilamana kesukaran dan kegelapan menyelubungi diri. Nak dijadikan cerita pada suatu ketika, maafkan saya kerana terlupa lansung waktu petang atau malam, sahabat saya nie bersama dengan rakan yang lain tengah lepak-lepak sambil mahu mencuba buat pertama kali menghisap rokok. Entah dari mana sahabatnya muncul, tak henti beliau memberi nasihat kenapa perlu sahabat saya dan rakan yang lain sanggup melakukan sesuatu yang membinasakan diri. Sehinggakan pada suatu tahap, air mata mula mengalir mengenangkan apa akan terjadi kepada sahabatnya jika dibiar terus hanyut. Adakah mereka akan insaf atau adakah mereka akan tenggelam dalam dosa ?? Mungkin ini agaknya yang bermain difikiran beliau. Sahabat saya menambah lagi, mereka semua tergamam dan kaku, rokok dibibir terus jatuh ke bumi. Mereka tak terkata-kata apa. Tiba-tiba kesedaran menyelinap masuk ke dalam diri. Rasa marah dan menyesal sekali sehingga menyebabkan seorang manusia menitiskan air mata kerana sikap mereka.

Mulai saat itu, sahabat saya memang berubah. Dia berazam menjadi muslim yang baik dan berguna kepada masyarakat. Dan saya nampak pada dirinya sekarang. Seorang yang baik dan mengambil berat hal orang lain. Sukarnya melihat kesusahan yang dihadapi kerana dia menutupnya baik-baik. Wajahnya sentiasa dipamerkan keceriaan walaupun didalam tiada siapa yang tahu. Hanya kepada sahabat terdekat yang tahu rahsianya. Dan sekarang dia mula menggamit kebahagian sedikit demi sedikit. Alhamdullilah, sekarang sahabat saya ni sudah berumah tangga dan mendapat pekerjaan yang stabil. Bolehlah dia membantu meringankan beban ibubapa dengan membantu adik beradiknya yang masih kecil dan bersekolah.

Kisah ini mungkin amat ringkas tapi jika direnung dalam-dalam, bagaimana titisan air mata seorang ihsan mampu mengubah seseorang. Betapa mahalnya air mata lebih dari intan permata untuk seorang sahabat. Hanya disana kelak baru mungkin terbalas. Beruntung sungguh mempunyai sahabat seperti ini.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?