Ikan Budu


Ini bukan sos budu dalam botol...

 Sebaldi penuh ikan budu

Untuk makluman semua, ikan budu nie hidangan bermusim. Maksudnya, ia tiada pada musim lain exceptional moonsun season.
 Inilah ikan budu yang tak kenal
 
Ikan budu atau salted fermented fish adalah salah satu cara orang kelate dahulu kala preserve makanan laut bilamana untuk turun ke laut adalah mustahil. Mustahil kerana laut bergelora, angin kencang dan ribut.

Cara nak buat ikan budu sama saja dengan sos budu. Yang membezakan antara keduanya adalah sos budu menggunakan ikan bilis manakala ikan budu menggunakan ikan bersaiz sederhana macam kembung atau selayang atau sebagainya. Yang sama antara keduanya adalah skill diperlukan untuk mendapatkan hasil yang sedap seghoti.

Kat mana nak beli. Terdapat disemua pasar di Kelate kecuali kat luar Kelantan contohnya pasar Berek 12, pasar Kedai Lalat dekat rumah menteri besar Kelantan dan pasar besar Siti Khadijah. Nak beli pun kena ada skill tertentu jugak sebab bukan semua ikan budu yang dijual berkualiti dan sedap. Kena pandai tengok texturenya.

Ikan budu nie tak dimakan begitu saja. Typical kelatenese selalunya akan goreng ikan budu nie dengan telur.

Caranya begini. Mula-mula telur dimasukan bawang putih, bawang besar, tomato, cili dan sedikit garam ( garam laut atau orang kelate panggil garam kasar lebih sedap ). Kemudiannya, ikan budu dicarik isinya dan dicampur bersama dengan bahan tadi. Telur dipukul dan kemudian digoreng. Tak dilupakan untuk squeeze lime atau telur goreng ikan budu supaya rasa masam lime dapat menstabilkan kemasinana ikan budu. 


Emmm....Sedap sekali dimakan dengan nasi panas musim hujan begini....

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?