Halang Rumah Roboh

30 bentuk perisai manusia halang roboh rumah

KOTA BHARU: Kira-kira 30 penduduk Kampung Pulau Tebu, Tunjong, dekat sini, membentuk perisai manusia bagi menghalang jengkaut merobohkan sebuah rumah pusaka di kampung berkenaan, semalam.

Dalam kejadian pada jam 3 petang itu, penduduk kampung sepakat bertindak sedemikian bagi mempertahankan rumah yang didiami Ashaari Hamzah, 37, bersama isteri, Arima Ramli, 46, serta lima anaknya daripada dirobohkan.

Kediaman Ashaari terpaksa dirobohkan berikutan pemilik tanah berkenaan sudah memperoleh perintah mahkamah untuk mengambil semula tanah kediaman itu.
Suasana menjadi tegang apabila berlaku perang mulut antara penduduk kampung terbabit dengan peguam, pegawai mahkamah serta anggota polis, yang bertindak mengawasi kerja merobohkan rumah itu.

Bagaimanapun, selepas lebih setengah jam berbincang, kerja hendak meroboh rumah berkenaan akhirnya terpaksa ditangguhkan.


Peguam mewakili pemilik tanah berkenaan, Nor Asmadi Ashari berkata, pihaknya tidak dapat meneruskan kerja merobohkan kediaman itu selepas dihalang penduduk kampung berkenaan.


“Kes ini sudah dibicarakan di mahkamah selama lima tahun dan mahkamah sudah memutuskan bahawa tanah ini adalah sah milik Ramli Ismail.

“Dia (Ramli) ada hak ke atas tanah ini dan notis sudah dikeluarkan untuk keluarga terbabit berpindah sehingga tarikh akhir hari ini (semalam),” katanya.

Ramli ketika ditemui, berkata beliau sudah menawarkan untuk menjual tanah itu kepada Ashaari dengan harga RM30,000. 
Sumber : Berita Harian 

 

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?