Kelantan mahu ambil balik ladang bakal diurus FGVH

KOTA BHARU, 22 Feb: Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju melantik satu panel guaman bagi memberi nasihat kepada kerajaan negeri untuk mengambil balik ladang seluas 55,500 ekar tanah Felda yang bakal diurus Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, pengambilan balik itu perlu memandangkan ianya telah melanggar akta perjanjian GSA (1960) sekiranya ia diurus oleh FGVH.

Ia juga, katanya bertujuan untuk memberi keadilan dan hak kepada peneroka mengikut perjanjian yang dicapai sebelum ini di mana Felda Plantation sebagai pemegang saham terbesar iaitu sebanyak 51 peratus ketika ianya diurus oleh Felda berkenaan mengikut perjanjian GSA 1960.

Tambahnya, pengambilan tanah itu dibuat secara paksaan dari kerajaan negeri yang tidak difahami secara jelas maksudnya dan ianya menyalahi akta GSA 1960.

Beliau berkata, ladang Felda diaktakan di bawah GSA dengan maksud milikan tanah hanya untuk peneroka dan koperasi peneroka.


Menurutnya, dalam perjanjian itu hanya dua pihak sahaja yang berhak memiliki ladang seluas 55,500 ekar itu, iaitu peneroka Felda atau Koperasi Peneroka Felda.

“Buat masa ini Felda Plaintation dimilik 51 peratus oleh peneroka  melalui Koperas Peneroka Felda, namun sekiranya ia  dipajak pada Felda Global Ventures Holdings, pihak koperasi peneroka  hanya memiliki 37 peratus.

“Akibatnya koperasi bukan lagi pemegang majoriti dan ini melanggar Akta DSA 1990,” ujarnya kepada media selepas mesyuarat exco, tengah hari tadi.

Husam menambah, Kelantan berhak mengambil balik ladang itu untuk diagih pada peneroka baru.

“Sekiranya ini berlaku lebih kurang 8,000 peneroka baru akan disenaraikan di negeri ini dengan agihan 4 hektar kepada setiap peneroka baru,” ujarnya.

Sumber : Harakah

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?