Kerana perasaan ingin tahu, aku pernah dulu tanya kat seorang rakan ( non muslim ) rasa macam mana agaknya bila minum arak nie. Dia bagitau arak nie rasanya pahit dan berbau agak masam. Lepas minum seluruh tubuh rasa panas. Ini yang membuatkan aku tak berapa nak faham. Kalau arak tu tak sedap lansung, dah la haram dari segi agama, kenapa ramai saudara semuslim aku masih pegi jugak minum benda haram tu ?? Dah la tu pulak kalau tengok harga setin/sebotol bukan murah, mahal, lagi mahal dari segelas milo sejuk yang sememangnya sedap sekali untuk diminum. Adakah bila minum benda haram nie terasa cool menunjukkan kita mampu melakukan segala-galanya tanpa batasan. Atau semata-mata kerana kawan seangkatan minum, dan kita pun tak ketinggalan dan taknak dikatakan kolot, kita pun sama-sama joint la juga pekena arak haram tu. Disini aku lihat pentingnya pegangan agama didada, kalau kita tahu arak tu haram dan takut dengan azab seksaan Tuhan, kita takkan sesekali menyentuh ...
Nasi kerabu adalah sejenis nasi ulam, dengan nasi bewarna biru yang sebut sahaja namanya, pasti semua dah terbang melayang-layang ke negeri yang popular dengan gelaran Serambi Mekah. Nasi kerabu adalah menu yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan yang sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian Walaupun ada nasi kerabu bewarna kuning, nasi kerabu warna biru adalah satu kemestian dan warna biru ini adalah dari warna bunga telang yang direndam sebagai pewarna. Bunga telang yang digunakan untuk memberikan warna biru pada nasi kerabu juga dikenali sebagai butterfly-pea (Clitoria ternatea). Warna Biru Pada Nasi Kerabu Mampu Kurangkan Masalah Hilang Ingatan Menurut kajian Chemical composition and anti-proliferative properties of flowers of Clitoria Ternatea, terdapat banyak khasiat daripada bunga telang dan ia juga telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, seperti untuk menyembuhkan penyakit. Antara khasiat-khasiat bun...
Kepada warga Terengganu sekalian, mesti ramai lagi yang tak tahu yang kerajaan akan memulakan projek keretapi ECRL dari KL ke Wakaf Bharu pertengahan tahun ini. Yang bestnya jangkaan perjalanan dari Wakaf Bharu ke KL memakan masa hanya 4 jam kebawah, maksudnya lagi pantas dari naik bas tu. Pasal keretapi api pulak, anda semua warga Terengganu boleh tengok gambar kat bawah. Lawakan EMU nih. Dibawah nih pulak adalah jajaran line keretapi yang kat Terengganu. Lepas tu pulak ini adalah stesen-stesen nanti yang akan dibina kat tanah Terengganu. Lepas tu pulak stesen utama di bandar akan dimajukan pembangunan berorientasikan pengangkutan. Stesen Pengkalan Berangan Stesen Penarik Stesen Kuala Telemong Stesen Kemasik Stesen Kg Raja Stesen Kuala Nerus Stesen Chukai Stesen Dungun Stesen Jelanju
Ulasan
Catat Ulasan