Rombongan Terakhir Masuk Syurga
Daripada Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud
Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui bahawa ahli neraka yang terakhir keluar dari neraka dan ahli syurga terakhir masuk ke dalam syurga. Iaitu seorang yang keluar dari neraka dengan merangkak, lalu Allah berfirman "Pergilah, lalu masuklah kedalam syurga." Dia pun sampai di gerbang syurga. Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh, maka dia kembali seraya berkata "Wahai Tuhanku, aku mendapati syurga telah penuh." "Pergilah, lalu masuklah kedalam syurga." Dia pun sampai di depan gerbang syurga. Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh, maka dia kembali seraya mengatakan "Wahai Tuhanku, aku mendapati syurga telah penuh." Allah berfirman "Pergilah lalu masuklah ke dalam syurga kerana kamu memperoleh semisal dunia dan 10 kali ganda - atau kamu mendapat seumpama 10 kali dunia." Dia bertanya "Engkau mengejekku atau mentertawakanku, sedangkan Engkau ialah Raja."
Abdullah melanjutkan "Aku melihat Rasulullah saw tertawa sehingga tampak gigi-gigi gerahamnya. Itulah ahli syurga yang paling rendah darjatnya."
Riwayat Al Bukhari dan Muslim
Ulasan
Catat Ulasan