Macam Mana Nak Start Blog

Nak star blog ?? Senang saja, provider banyak, cakap jea blogger, wordpress, xenon dan entah apa lagi kat luar satu yang aku sendiri pun tak tahu tapi maybe anda semua tahu.

First sekali, yang penting aku rasa, apa tujuan anda untuk ada blog ? Adakah semata-mata ikutan sebab orang lain ade blog, korang pun nak ada jugak blog. Ada aim amat penting untuk drive anda terus berblog tanpa rasa jemu. Sebab certain bloggers bila tengok takde orang pun nak berkunjung ke blog dia, dia jadi jemu, bosan dan ambik keputusan untuk tutup jea blog.

Tujuan berblog berpandu kepada minat anda. Apa yang anda minat ?? Berniaga online ? Nak share kisah baby anda ? Nak cakap pasal kereta ? Memang terer dalam penulisan dan mampu attract readers untuk baca ? Macam-macam. Kenapa minat nie penting ? Penting yang amat kerana bila dah ada passion, bloggers tak kisah sangat orang nak visit blog dia ke tak, janji dia boleh luahkan apa passion dia. So, blog anda akan berterusan hidup sebab anda tak rasa terbeban tapi seronok.

Minat dah ada tapi kena narrowkan lagi supaya lagi fokus. Yang nie takpe. Bila anda dah lama berblog, dengan sendirinya anda akan tahu kat bahagian mana nak fokus. Contohnya anda suke bagi motivasi. Ok, dalam motivasi ada banyak cabang. Last-last maybe anda nampak nak fokus dalam motivasi kewangan islam barangkali.

Blog taknak serabut. Yang nie masalah dengan kebanyakkan blog yang dikunjungi. Serabut sangat, dengan lagulah, ada ntah binatang apa kat kiri kanan, ade salji, daun kering luruhlah tapi isi hampeh. Nyesal aku masuk, dahlah nak tunggu loading tu lama sebab banyak sangat perkakas. So, blog kita hendaklah simple tapi tak salah nak tambah apa-apa janji minimal. Biar simple tapi isi biar kaw2. Contoh terbaik macam blog jasin kadir. Simple aje tapi isinya mantap. Tak puas aku nak baca.

Macam mana nak buat ayat sedap untuk dibaca kat blog ? First time memang rasa sukar, tercegat berjam-jam nak habiskan satu artikel untuk post dalam blog. Alih-alih bosan pastu malas dah nak menaip.Jadi, kenalah banyak belajar. Kena rajin baca artikel orang lain. Tengok macam mana flow artikel diorang, macamana diorang olah ayat sehingga seronok nak baca. Buat dulu draft dan plan apa yang nak ditaruk dalam artikel kita. Lepas tu, Rajin-rajinkan untuk mintak sapa-sapa baca artikel kita dulu, tanya apa yang kurang, rasa macammana lepas baca. Insyaallah, lama kelamaan anda akan ada flow dan gaya sendiri macamamna nak sampaikan artikel didalam blog dan sudah tentu secara spontan.

Macam mana ?? Dah rasa bersedia nak berblog ? Silakan. Anda amat dialukan.

Ulasan

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?