Malaysia Perlukan Banyak AUDI


Keadaan sekarang dah tak macam dulu. Serba serbi naik hingga rakyat marhein macam kita semua nie naik pening kepala. Dengan keadaan ekonomi dunia yang naik turun tak tentu, negara kita memang terkena tempias. Impaknya sape lagi yang kena kalau tak bukan kita.
Langkah Bank Negara yang memperkenalkan rule baru dalam nak apply loan dari bank amat bertepatan kerana tujuannya murni, untuk mengurangkan hutang pengguna yang makin tahun makin naik dan mungkin boleh menyebabkan ledakan dimasa depan. Lebih baik prevent dari terkena dulu.

Macam mana Bank Negara buat tu ? Kalau dulu jika nak meminjam, berapa larat ke kita nak bayar loan tu bergantung kepada gross income. Sekarang, ianya dikira berdasarkan net income. Maksudnya dalam permohonan pinjaman, bank jugak ambil mengambil kira kemana duit kita monthly pegi. So yang bersih tulah yang dikira layak ke tak untuk dapatkan loan. Impaknya yang memang dah dijangka, ramai yang tak lulus dalam membuat pinjaman. Sebab tu kalau anda seorang yang rajin ambil tahu hal ehwal ekonomi negara, peratus pembelian rumah ( rule  untuk second home dan seterusnya kena keluarkan duit sendiri dulu dengan peratusan tinggi dan charge yang dikenakan kalau jual rumah less dan 5 tahun dari pembelian ) dan automotive menurun ( Proton dan Perodua yang paling terkena impak ). Even, dari apa yang saya baca kat newspaper, ramai yang mohon PR1MA tak lepas. Rumah pun makin mahal, nak kena beli jauh baru murah. Rumah dah ok tapi kos pengangkutan meningkat sebab kena travel jauh ketempat kerja.

Nak taknak dengan keadaan sekarang, suka atau tak kena ubah gaya hidup. Mungkin boleh tangguh dulu beli kereta atau kereta dah ada tapi opt untuk pengangkutan awam. Kat situ dah boleh jimat dah. Ramai yang cakap pengangkutan awam kita tak berapa boleh harap dan kereta tu dah jadi kemestian, lebih senang nak kesana ke mari. Disini perlunya role oleh kerajaan dalam menyediakan public transport yang boleh diharap. Diharapkan projek billon ringgit MRT mampu untuk mengatasi kesesakan dan reliable dari segi masa dan mana nak pergi. Bagi bandar lain macam Penang / Johor Bahru boleh diketengahkan untuk dibina LRT. Manakala bandar-bandar lain serta rural areas, system bas boleh dipertingkatkan. Bila public transportation efficient lah baru ramai nak pakai. Kalau tak mostly lebih suka drive sendiri sebab public transport lembab.

Toksahlah nak pegi kedai dua tiga langkah pun nak naik kereta / motor. Apa salahnya kalau menapak sikit. Rasa-rasanya berapa yang anda dah untung ari tu sebab minyak petrol tak dihabiskan. Pastu pulak badan pun sihat sebab keluar peluh. Dan kalau kita anda sahabat handai yang tinggal dekat takpun kalau bujang memang tinggal serumah, kenapa tak hanya sebijik jea kereta jalan. Hari nie kau bawak, esok aku pulak. Memang untung banyak.

Selain itu, kita jugak perlu bijak. Tak rasa bijak mengurus wang ? Takpe, AKPK kan ada, dah free, takde charge apa-apa pun. Baik kita beringat untuk berjimat dan menyimpan dari sekarang dari sesal tak sudah di masa depan.

Sebab tu aku rasa dalam perenggan terakhir nie, Malaysia perlukan banyak AUDI. OK, bukan kereta brand dari german ni tapi singkatan untuk

A liran pengangkutan awam yang efficient
U turn dari banyak memandu ke berjalan kaki
D rive bukan sorang, tapi ramai2
I nformatik pasal pengurusan kewangan

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?