Smartkah Aku Untuk Pakai Smartphone

Suatu hari, macam biasa, aku berkunjung ke syarikat telekomunikasi untuk bayar bil bulanan. Nasib aku baik hari tu sebab orang tak ramai. So, cepatlah juga aku settlekan bil untuk bulan lepas.
Masa rehat aku masih panjang, so aku spendlah untuk tengok-tengok smartphone yang ada kat situ. iphone, samsung galaxy, lumia, htc, blackberry dan nokia terlatest Lumia, aku try cuba. Dalam fikiran aku semua menarik dan stylo. Macam nie boleh beli. Lagipun telefon yang aku pakai sejak dari zaman mahasiswa pun dah menunjukkan tanda keuzuran dan tak mampu untuk berkhimat lagi.

Aku tak terus snap macam tu jea. Aku tanya staff kat situ package apa yang sesuai dengan keperluan aku. Almaklumlah orang yang sentiasa rush kesana kemari. Package dan phone yang aku ambil nanti mestilah kena sesuai dengan aku. Tak guna jugak smartphone complicated sangat tapi tak reti nak pakai. Membazir namanya tu.


Aku tak terus beli sebab kalau aku terus beli, maksudnya aku tak berape cerdik sebab tak consider options lain yang maybe ade kat luar sana. Aku tinggalkan tempat tu dengan harapan untuk cari option terbaik yang boleh aku dapat mungkin kat Maxis, Celcom ataupun mungkin Digi.

Aku jugak try search kat internet untuk cari komen pasal smartphone yang aku berkenan. Berjuta yang komen, puji dan kutuk. At least, ianya memberi input awal kepada aku supaya tak tersalah beli dan lepas tu menyesal tak sudah. Sememangnya aku taknak lagutu. Sebenarnya aku berkenan kat Nokia Lumia sebabnya aku dari 1st phone sampailah ke phone sekarang, masih setia dengan Nokia. Lagipun aku dah familiar dengan Nokia dan aku tahu Nokia nie tahan lasak. Tapi minat aku terhalang sebab lepas survey tu aku dapat tahu Nokia Lumia nie takleh nak guna as modem. Emm..tak best lah lagu nie. Contohnya kalau terpaksa out station, sudah tentu nak guna internet kat laptop jika hotel takde wifi. Kalau ade pun, mungkin tak berape boleh diharap. Nak guna internet kat smartphone untuk urusan kerja tak best. Kecik sangat displaynya.

Ramainya yang aku tanya rekomen android phone. Emm..android phone banyak, yang mana sesuai ?? Ramai yang cakap better pakai Samsung. Samsung pulak dah. Kena test nie. So terjatuhlah cinta aku kat Samsung Galaxy Note pulak. Lawa phone nie. Besor screennya dan banyak applications yang ada sesuai untuk orang macam aku. KEJAP. Macam mana pulak dengan iphone ?? Emm..takkot buat masa sekarang. Lagipun berkenan dengan android phone Galaxy Note. Kawan aku cakap apesal tak beli jea tablet. Lagi besar. TAPI aku nak phone bukan tablet.
  
Dah dekat sebulan mencari dan menyelidik, aku buat keputusan. Galaxy Note is final. Itu pilihan aku. Dah determine nih. Dah tokse tengok phone lain. Aku nak yang tu jugak. Package dengan Maxis pun aku rasa sesuai dari yang lain sebab aku dah memang pakai Maxis...hehehe.

Tapi alih-alih, aku buat Uturn. Aku buat keputusan untuk hold aku punya plan nie selepas baca dalam surat khabar Sabtu lepas.

Living Life By Finding Fulfilment Without Landing In Debt.

Itulah tajuk artikel yang aku baca. Ianya memang simple tak so powerful sehingga aku buleh batalkan niat untuk beli smartphone. So beli agaknya nak beli tu ?? Takpe smartphone buleh tunggu.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?