Bersahabat Biar Ikhlas

Manusia...

Sejenis spesies yang suka bersosial. Ini bermakna kita takleh hidup sorang diri. Perlu bergaul dengan masyarakat di sekeliling kita. Kerana itu selain keluarga kita dan sedara mara isteri suami kita, kita juga perlu bersahabat. 
Cuba tanya sapa-sapa, dia ade tak kawan ? Kalau takde tu memang menimbulkan rasa aneh takpun dia menipu. Kita nie sejak dari kecik hingga ke besar mencecah usia tua, memang akan bersahabat dengan ramai manusia. 


Tapi nak cari sahabat yang betul-betul nak berkawan dengan kita pada zaman yang segalanya mengejar materialistik nie bukan senang. Memang akan ada yang berkawan dengan kita yang ada agenda tersendiri. Agenda yang akan menguntungkan sang pemunya. Senang cerita, mungkin mereka berkawan dengan kita kerana kita kaya raya, boleh lah tumpang kesenangan sikit. Mungkin juga kita nie orang berjawatan tinggi yang mungkin memudahkan mereka untuk urusan tertentu kelak. Atau mungkin kita nie yang senang diambik kesempatan kerana baiknya hati kita. 

Ada juga yang memesan kalau nak tahu sahabat tu ikhlas atau tidak, cuba tinggal dengan dia 40 siang dan malam. Sebenarnya aman pun tak berapa nak percaya tapi kalau direnung mendalam ada betulnya juga. Yelah kalau sekali sekala berjumpa tu mungkin kita tak berapa nampak perangai dia yang lain tapi kalau dah dekat sebulan lebih tinggal serumah, anda boleh fikirlah sendiri. Macam-macam perkara kita boleh tahu.

Tengok zaman universiti lah. Masa dapat duduk serumah dengan geng, bukan main seronok lagi. Tapi, tak sampai sebulan pun lagi, rasa menyesal dah timbul. Tak suka kawan buat lagu tu lah, tak suka kawan perangai pelik lah, ada tabiat buruk lah.

Tapi semua yang negative tu akan beransur pudar kalau dalam diri kita ada perasaan tolak ansur. Ingat satu jea. Kita nie tak sempurna. Kalau kita cakap kawan kita macam tu macam ni, dia pun boleh cakap perkara sama pasal kita. Kerana itulah tolak ansur tu penting. Takkanlah hanya kerana perkara kecik, persahabatan kita yang dah mencecah usia bertahun hancur lebur begitu saja. Tak rasa sayang ke ? Kalau aman rasa sayang jugak nak punahkan persahabatan yang dah lama. Kalau boleh berkekalan selamanya.

Aman tulis pasal hal ini kerana aman teringat sahabat-sahabat aman. Beza benar rasanya kawan yang berjumpa sekejap-sekejap dengan kawan yang kita tengok 24 jam. Walaupun masing-masing ada kelemahan sendiri tapi kerana adanya sikap memaafkan dan tolak ansur sesama dirilah yang menyuburkan rasa manisnya sebuah persahabatan. Aman pernah bergaduh, aman pernah bermasam muka, pernah kecik hati, pernah macam-macamlah. Tapi bila keluarnya perkataan MAAF, macam segala yang berhangat kat dalam badan nie jadi sejuk. Boleh pulak lepas tu kawan macam biasa dan aman rasa bertambah erat. 

Bukan senang nak sebut maaf sedara sekalian. Semacam ada batu besar dan mulut kita digam kuat. Yelah, sapa nak mengaku salah, setiap orang ada ego. Nak menurunkan ego kita bagi memintak maaf tu memang sukar. Tapi kalau boleh buat, memang aman salute. Hebatlah kawan macam nie. Sanggup mengalah demi sebuah persahabatan. 

Tapi yang last aman nak cakap, ikhlas tu susah nak define. Macam mana nak tahu ? Soalan nie aman pun takleh nak jawab. Bergantung atas diri masing-masing.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?