Sinar Harian, The Edge, Harakah Dan Lain-Lain


Aman nie boleh dikatakan agak old fashionated. Sedang orang lain bergantung sepenuhnya pada media online untuk mendapatkan berita, aman rasa perlu jugak untuk baca dan merasai suratkhabar yang dijual kat gerai tu. Rasa tak sah kalau tak baca suratkhabar. Kalau nak buat perbandingan, diibaratkan macam minum kopi takde gula.

Sejak kecik lagi aman memang rajin beli suratkhabar. Dan aman selalunya beli pelbagai suratkhabar contohnya macam Berita Harian, Utusan, The Star, NST dan Harakah. Tapi takdelah aman beli sekaligus, kalau hari nie beli dah Utusan, esok tukar beli contohnya The Star pulak. Tujuan aman untuk baca various newspapers nie semata-mata untuk mendapatkan pandangan dan ulasan pelbagai untuk sesuatu isu. Barulah otak kite nie berjalan sikit. Kalau duk baca suratkhabar sama hari-hari, tak ke boring. Almaklumlah, internet purbakala dulu manelah secanggih sekarang dan berita online takdelah se advance sekarang. Kalau sekarang semua suratkhabar utama ade berita onlienya, zaman purbakala dulu, mane ada, semuanya hantar kertas bersaiz A2.

Itu dulu, rajin beli suratkhabar, sekarang, malas dah rasanya nak beli. Malas aman bersebab bukan saja-saja hilang appetite nak beli. Sebabnya aman kecewa dengan macam mana laporan direport didalam akhbar. Kadang-kadang, sampai aman terfikir sorang diri, nie suratkhabar ke atau mesin propaganda. Nampak sangat tiada keseimbangan dalam laporan. Semuanya hanya condong kesatu pihak. Toksah tuduh media mainstream, media alternative pun dua kali lima. Diorang nie fikir agaknya kita nie mesin kot. Dapat maklumat, telan bulat-bulat tanpa memproses maklumat terbabit.

Sebagai tanda protes, secara senyap, aman tak beli lansung sesetengah suratkhabar perdana atau alternative. Kalau tak beli, aman tak rugi apa pun sebab masih banyak pilihan untuk aman dapatkan berita. Baik aman simpan duit dari beli akhbar yang berat sebelah, boleh buat beli seluar baru. Tak ke begitu ??

Semalas aman nak beli, beli jugak hari-hari Sinar Harian. Bagus suratkhabar nie. Tiap berita mesti dia dapatkan 2 ulasan dari 2 pihak. Macam nie baru adil. Barulah aman boleh biarkan otak aman nie hidup untuk proses maklumat. Satu lagi aman beli The Edge sebab ulasannya pasal ekonomi dan isu-isu dalam negara yang diulas mendalam. Sayangnya kat Kelate nie susah sangat nak dapatkan The Edge. Yang ade jual kat sini pun yang weekly aje. Tapi takpelah. Hari lain aman beli Sinar Harian. Hari ahad aman beli The Edge. 

Aman tak pernah lupa untuk dapatkan maklumat dari internet. Variety is a blessing....Betul tak ??

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?