Sinar Harian : Suasana Politik Kelantan Tarik Pelancong

Keunikan politik Kelantan mengundang ramai pelancong termasuk pegawai kerajaan, golongan cendekiawan dan penganalisis politik datang, malahan ia meningkatkan jumlah pelancong di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, secara rambangnya, setiap kali ada pemimpin ‘turun’ ke Kelantan, pegawai kerajaan dan mereka yang berkaitan secara tidak langsung menjadi ‘pelancong politik’.

“Tarikan pelancong ketika pemimpin Barisan Nasional datang ke sini menjadikan negeri ini sebagai satu kelebihan dan memberi manfaat kepada peniaga-peniaga.

“Antara peniaga yang mendapat manfaat ini termasuk peniaga di pasar-pasar di daerah dan tempat destinasi pelancongan seperti Pengkalan Kubor (Tumpat) dan Rantau Panjang yang menarik mereka melawat sambil membeli,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Pelepasan Kelab Pemilik Kereta Volvo Kelantan di Tunjong, disini, semalam.

Pada majlis berkenaan, seramai 200 peserta termasuk ahli keluarga berkonvoi dari Kota Bharu ke Terengganu dan bermalam selama satu malam disana, selain mengadakan mesyuarat agung kelab di Terengganu.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan