Ulat Buku


Ulat buku...satu istilah yang selalu digunakan untuk menggambarkan personality yang 24 jam kerjanya hanya dengan buku, buku dan buku. Nak bergaul atau nak bersosial tidak sama sekali bagi orang yang bergelar ulat buku. Senang cite anti social. Tapi persoalan yang timbul, betul ke macam tu ??

Aman memang suka baca buku. Thanks a lot to my parents, brothers and sisters that encourage me during that time still a kid, to read a book, lot of books actually. Kerana mungkin aman nie dipupuk dari kecik supaya mencintai buku, hinggakan sekarang, walaupun dah pun tua [ takde la tua sangat, still hensem ] to read is a must for aman even its means to read only one article. Memang begitulah aman. Balik keja walaupun penat tapi aman rase kena untuk aman mengambil such a newspaper [ usually weekly newspaper, selalunya isinya lagi berat dari suratkhabar hari-hari ] untuk dibaca. Biar otak nie jangan dok beku. Mesti baca.

Aman nie perkara yang boleh kata paling tak berkira adelah buku. Harga berape pun aman tak kisah, janji aman dapat memiliki buku tersebut. Bagi aman, walaupun semahal mane pun buku tapi die punya isi tu lagi valuable, takleh dinilai dengan wang ringgit.

Aman nie bace tak kisah sama ada English atau bahasa Malaysia kalau ianya menarik. Tapi sayangnya apa yang aman duk observe, boleh kate kurang sangat bahan bacaan yang berkualiti dalam bahasa melayu. Mostly dalam bahasa English. Kalau ade pun dalam bahasa melayu, perkara yang hendak diperkatakan ringkas dan tak mendalam. Yang banyak aman tengok dalam bahasa melayu adelah novel, buku agama dan motivasi. Dalam bidang lain boleh kata kurang.

Kalau orang lain dah lama jual, buang takpun bakar buku-buku lama, bagi aman tak sama sekali. Aman simpan sebab bagi aman, itulah harta yang sangat berharga, takleh nak nilai even dengan wang ringgit. Tapi cuma baru-baru ini buku yang aman simpan dibaham dek anai-anai. Sedih sungguh rasenya aman. Setengah buku yang hancur tu dah berusia lebih satu dekad dan kalau nak cari sekarang memang tak akan jumpa.

Yang syoknya kalau kita banyak baca nie, kalau berbincang topic-topic tertentu, kita memang banyak modal nak cakap. Dah tu pulak benda yang kita cakap nie based pada fakta dan hujah dari si cerdik pandai. Cuma jangan cakap kosong tu sudah la. Buang air liur jea. Kita bercakap sebab nak berkongsi bukannya nak menunjuk kita pandai.

Walaupun sekarang maklumat boleh didapati di hujung jari, internet la tu, tapi bagi aman bukan semua kat internet tu boleh percaya sangat sebab dah bercampur antara fiction dan tokok tambah lain. Pastu ade pulak ebook. Hanya dengan satu applikasi, senang-senang saja untuk download pelbagai jenis buku kat luar sana. Tak kisahlah orang nak kata aman nie ketinggalan zaman tapi aman memang tak suka ebook nie. Aman lebih suka benda yang dapat disentuh, dicatat kalau perlu dan dapat hidu baunya. Lagi satu buku sebenar nie tak sakit mata walau selama mana baca.

Setuju tak kalau aman kata bila membaca, kita akan berimaginasi. Yelah yang kita duk bace tu semua patah perkataan. So kita kena hidupkannya dengan membayangkan dalam kepala otak kita nie. Kan membantu otak kreatif kita sentiasa bekerja.

Walaupun tak menjawab persoalan pasal ulat buku nie, cumanya aman nak share passion aman pasal buku nie. Aman rasa penting sangat untuk membaca bukan setakat untuk lulus exam tetapi jugak mengembangkan fikiran kita. Baru orang lain tak panggil kita katak dibawa tempurung. Betul tak ???

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?