Selamat Pagi Kota Bharu 3


Selamat pagi Kota Bharu !!

Jom cari sarapan

Sedapnya dapat hirup udara segar dan sejuk waktu pagi nie. Lagi best kalau berkabus, cantik sangat tengok dedaun hijau dihiasi mutiara embun. Bertambah best kalau ini hujung minggu sebab free time banyak untuk test kat mana-mana kedai makan baru. Hunting for breakfast. Tapi mana seronok kalau pegi cari sorang-sorang, kena pegi whole family pakat cari, baru bertambah seronok.

Apa yang best kat Kota Bharu nie kerana gerai atau kedai makan menyajikan breakfast memang banyak. Tak seperti belah luar Kelantan, kami kat sini prefer nasi pagi dari kuih-muih. Sebut saja nasik berlauk ikan aya, nasik tupe, pulut pagi, nasik kerabu, memang list tak habih nak sebut semua sekali. Kalau aman tiada yang lagi best dari sebungkus nasi berlauk aya, hanya sekitar dua ringgit lebih, ianya memang murah dan yang penting kenyang. Tapi nasi pagi nie tak same semua tempat walaupun gulai dia color kuning, kena tengok sape yang buat jugak. So hunting is begin.

Ada 3 tempat yang menjadi favourite aman. Satunya kat belakang hospital Perdana. Gerai dia kecik aje tapi tempat nie selalu full house. Sedap seghoti pekena nasik lauk pagi bersama segelas milo tunggeng panas, specialty kat sini. Kalau setakat 2 bungkus tu small matter kat aman. Sebab tu kot badan nie dari hari ke hari naik kot beratnya. Kena diet nie. Sebungkus dah cukup. 

Satu lagi kat Berek 12 tapi kat sini takleh makan kat situ sebab dia hanya bukak gerai kecik aje. Takeaway ala macam beli pizza Domino tu. Aman selalu beli kat sini kalau nak makan rumah. Sedap betul. Memang sedap.













Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?