Kota Bharu - Projek Dan Perkembangan Semasa

[ Updated On 2 September 2012 ]

Aman ambik gambar kuaters Polis nie sebab berkenan dengan design dia. Cantik untuk dipandang. Kuaters Polis nie masih dalam pembinaan dan lokasinya kat Pengkalan Chepa.


Seingat aman tak sampai 2 bulan aman posted kan photo Mcdonalds kat Taman Bendahara. Masa aman ambik dulu, bayangan struktur pun takde. Sekarang, dah nak siap pun. Memang laju kontraktor diorang buat keja.

 
[ Updated On 1 September 2012 ]

Musim perayaan nie sebenarnya memberi peluang kepada aman untuk kehulu kehilir beraya dan sambil itu mengambil photo-photo perkembangan terbaru projek kat Kota Bharu nie.

Apartment yang on the way kat Kota Bharu

Kondominium Anjung Vista kat Kubang Kerian, dah pun memulakan kerja-kerja mengecat.



1Residence kat Cherang. Dah pun masuk level 4



Tadi aman sempat ke Tunjong dan aman teruja melihat perkembangan bandar baru Tunjong. Tak sangka memang banyak update berbanding bulan sebelumnya.

Kat bawah nie banner besar menyambut orang ramai ke bandar baru tunjong. Perasan tak ilustrusi bangunan yang tinggi tu. Lawa kan ?? Bila agaknye nak buat tu


Kat belakang banner besar nie adelah projek Dataran Rakyat. Masih lagi dalam pembinaan, aman rase dalam 40 percents dah siap.


Board pasal projek Dataran Rakyat.

Kat sebelahnye pulak projek Pusat Perniagaan Bandar Darul Naim. Tak lawa lah design dia bagi aman. Biase-biase jea.


Mydin....Masih seperti sebelumnya. Keja menambun tanah tak abih-abih.Bila la nak start construction


Lame dah aman nak tau tenants apekah yang akan bukak kat Pavilion Tunjung nie. Wah, memang hebat kedai-kedai yang akan dibuka kat sini nanti. Lepas tu pulak Pavilion Tunjung nie akan bersambung dengan Mydin melalui skybridge dan hotel kat atas dia pulak akan diurus under brand Swiss International.


Embunuri @ Sireh...Salah satu projek kondominium terlatest kat Kota Bharu. Type dibahagi kepada A B C dan D. Harga paling murah adelah dalam 180 ribu ringgit dan paling mahal dalam sejuta lebih ringgit iaitu unit penthouse. Penthouse ade 4 unit tak silap aman. Lokasi dia betul-betul belakang Koperasi Pembatik Kelantan.


Lokasi dia aman kasi jelas dan seclear mungkin bagi yang tak tau kat mana.


Kehidupan mewah dan elegant. Kelas tu bunyi dia


Selingan sikit. Aman jugak sempat ambik gambar antara masjid tertua kat Kota Bharu.

Masjid Muhammadi yang masih gah berdiri. Tenang saje bile kat dalam nie


Masjid Langgar. Sebelah Makam Diraja Langgar. Kat area Langgar nie jugak ade jual rempah untuk buat kurma, kerutub dan sebagainye. Ramai jugak yang singgah semayang kat sini.


Ulasan

  1. terbaiklah en Aman =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih byk. Krn kosongan pengunjung blog mcm sedaralah memberi kekuatan dan keazaman kpd aman utk terus berblog

      Padam
  2. salam saudara bole x share info pasal bgunan high rise or mid rise kt kelantan...tq

    BalasPadam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan