Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Jom Baca Al Quran Round Table Style

Dulu, mase aman masih lagi menuntut kat universiti, kami satu housemate bila dah nak masuk tidur, kitaorang semua berkumpul ramai-ramai kat ruang tamu. Tak ramai pun, kami berempat jea. Kami duduk bersila buat satu bulatan dan mulalah membaca alquran. Tiap-tiap orang bace satu muka dan kitaorang semua pakat tegurlah kalau ada silap pembacaan ke, tajwid ke. Thanks to my roommate. Ini semua initiative dia supaya kami semua dekat dengan alquran. Kalau nak harapkan diri masing-masing, sorilah, rasanya sehari pun tak baca, kononnya takde masa tapi mengadap facebook ade pulak masa.  Kami amalkan bacaan bergilir ni tiap-tiap malam sampailah habih belajar, semua dah pakat graduate. Memang dulu aman rasa aduhhh malasnya tapi bila dah terbiasa buat macam tu, jadi seronok pulak. Bukan sebab nak cari salah kawan masa tengah baca quran, cumanya kita sedap dengar bila orang lain baca. Kalau nak tegur sikit-sikit tu boleh la, semuanya bukan arif sangat pun. Kalau dulu bace pun merangkak,...

Style Orang Tua

"Demo pilih baju takde fashion lain ke"  soal kawan mase pegi shopping kat Parkson KBTC. "Adik nak beli baju nie untuk ayah ke?" kate dengan seorang auntie dengan penuh sopan kat Peter Libly kat Kota Bharu. Aman duk fikir test fashion aman teruk benor ke sampai diorang cakap style aman nie style orang tua ? Susah aman nak explain sebab selama nie aman rase ok jea pakaian yang aman pilih. "Demo nok persepsi ore atas demo macam tu ke takpun demo rase suka hati akulah nak pakai lagu mana" aju soalan dari seorang pakcik yang memang arif bab pemakaian. Memanglah boleh ikut citarasa sendiri tapi persepsi orang lain atas diri kita penting jugak. People judge people on his apperance at 1st meeting. "Jadinyo pokcik pakaian lagu mano ambo sepatutnyo beli ?" aman meminta opinion pakcik tadi. Jenuh dia explain. Aman pulak main angguk-angguk. Dah paham angguklah takkan nak geleng pulak. Aman takleh nak share banyak ape yang pakcik tu cakap takut nanti...

Selamat Ke Universiti

Imej
Dua tiga minggu nie aman agak sibuk sikit. Sibuk menziarah sedara-mara yang baru nak sambung belajar ke universiti. Ada yang dapat dalam negara dan ade jugak yang dapat pegi oversea. Yang dapat pegi oversea paling best sebab dapat merasai pengalaman dan budaya yang sekonfirmnya lain dari yang terbiasa kat sini. Bagi yang takleh pegi oversea tu janganlah terkilan. Mungkin sekarang tak lagi, mana tahu masa nak sambung peringkat post graduate takpun phd, masa tu dapat offer buat kat oversea. Rezeki masing-masing. Allah dah bagi yang terbaik buat kita. Selain yang bakal bergelar mahasiswa, mak bapak diorang sama naik kalut. Check dah cukup ke belum segala benda, dari penyapu hinggalah ke spender. Document penting mesti nak kena check takut nanti tertinggal pulak. Beg takyah cite lah, macam nak pindah rumah. Tapi takpelah, dah excited dan seronok. Aman pun macam tu jugak dulu. Aman ingat lagi dulu masa nak berangkat, habih kaum kerabat datang nak ucap selamat. Rasa macam nak pegi n...

Selamat Pagi Kota Bharu : Sesi Berjalan La Pulak

Imej
Nampaknye fajar dah menyinsing. Cuba tengok kat atas, gambar yang aman sempat ambik lepas semayang subuh. Dari malam yang gelap yang beransur siang. Best tengok bintang waktu nie. Clear giler. Sebelum nie kalau nak pegi mana-mana, aman akan pergi dengan kereta. Drive kejap sampai. Even nak pegi kedai runcit yang berape langkah tupun dengan kereta. Sebab dah puas drive kehulu kehilir, aman nak try jalan kaki. Aman tengok mat saleh selamba jea nak pegi mana-mana jalan kaki. Ok jea. Dah la panas terik. Takde la pulak diorang kata panas. If they can do it, why not me ?

Senyum Sokmo

Aman heran betul kenape lah orang suke senyum, tersengih-sengih kat aman. Nak kate aman senyum kat diorang tak jugak. Aman chech kat diri aman takut-takut seluar tak zip ke, baju silap butang ke, gigi tak gosok ke, takpun ape-ape yang boleh meletakkan aman dalam rase malu yang amat. Lepas check tu rase ok jea. Takde ape pun. Habih kenapa diorang sengih kat aman ?? Selidik punya selidik, barulah aman tau yang aman nie nampak macam tengah senyum walaupun tak senyum pun. Tu ape yang kenalan cakap lah. Betul la tu kot. Tapi takpelah.Kelebihan aman kot semua orang nampak aman sentiasa senyum. Senyum tu kan sedekah. Senyum kan membuatkan kita makin muda dan menyejukkan hati yang melihat. Senyumlah sokmo.

Merubah Fikir

Imej
Setiap hari, setiap masa, kena berfikir, fikir nak buat keputusan even untuk sekecil perkara, fikir untuk yang mana baik buruk, fikir yang mana terbagus memberi manfaat. Banyak lagi kita buat dengan fikir, start dari bangun pagi sampailah nak tutup mata dimalam hari.

Indahnya Kemaafan Dalam Persahabatan

Pintu bilik dibuka Halim dengan agak keras, buku-buku yang dipegangnya dihempas kuat diatas meja, beg gelas pulak dibaling keatas katil. Muka Halim merah padam dek kerana marah. Leman yang tengah study dengan amannya tadi terkejut sakan dengan feel roommatenya itu. Dibiarkan dulu biar Halim sejuk  barulah Leman bukak bicara "Kenapa Halim ? Marah benar aku tengok". "Huh !! Mane tak marah, nie semua si Amin tu punye pasal" jawab Halim dengan perasaan marah. Suaranya kuat menunjukkan panasnya masih tak reda. "Kenape,err...bukan ke korang berdua nie sahabat baik, macam mane boleh perang dunia nie ?" Leman cuba tahu lebih lanjut. Pelik jugak dia sebab Halim dengan Amin tu macam belangkas, memang trully best friendlah.

Roti Bakar Sapu Kaya

Pernah makan roti bakar ? Kebiasaannya hidangan ringkas yang dimakan tak kira breakfast ataupun dinner, senang didapati kat mana-mana, dari gerai tepi jalan hinggalah ke kopitiam moden. Tak tahulah korang perasan ke tak, majoriti kedai membakar roti didalam oven, sangat sedikit yang betul-betul memanggangnya diatas bara api. Bukannya diorang taknak panggang roti secara traditional tapi faham-fahamlah ianya memakan masa dan tenaga. Lagi senang masukkan aje dalam oven, 2 3 minit dah pun tersedia untuk dihidang kat customer. Aman sebetulnya tak pernah try pun roti yang dipanggang dengan charcoal. Tapi ade satu kesempatan tu, aman dapat merasa betapa sedapnya dan crisspynya roti yang dibakar dengan kaedah memanggang. Memang betul rasa lain dibandingkan dengan roti yang dipanggan didalam oven. Ditambah pula dengan sapuan kaya homemade bersalut butter. Emm..seghoti sedap.

Like FB Maafsebut