Jom Baca Al Quran Round Table Style

Dulu, mase aman masih lagi menuntut kat universiti, kami satu housemate bila dah nak masuk tidur, kitaorang semua berkumpul ramai-ramai kat ruang tamu. Tak ramai pun, kami berempat jea. Kami duduk bersila buat satu bulatan dan mulalah membaca alquran. Tiap-tiap orang bace satu muka dan kitaorang semua pakat tegurlah kalau ada silap pembacaan ke, tajwid ke.

Thanks to my roommate. Ini semua initiative dia supaya kami semua dekat dengan alquran. Kalau nak harapkan diri masing-masing, sorilah, rasanya sehari pun tak baca, kononnya takde masa tapi mengadap facebook ade pulak masa. 

Kami amalkan bacaan bergilir ni tiap-tiap malam sampailah habih belajar, semua dah pakat graduate. Memang dulu aman rasa aduhhh malasnya tapi bila dah terbiasa buat macam tu, jadi seronok pulak. Bukan sebab nak cari salah kawan masa tengah baca quran, cumanya kita sedap dengar bila orang lain baca. Kalau nak tegur sikit-sikit tu boleh la, semuanya bukan arif sangat pun. Kalau dulu bace pun merangkak, alhamdulillah, masing-masing dah membaca dengan lancar. 

Dan sekarang aman amat merindui suasana itu. Seronoknye kalau baca balik ramai-ramai lagu tu balik.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan