Bersyukurlah


Kadang-kadang kita nie susah benar nak bersyukur. Kita selalu rasa tak pernah cukup dengan apa yang ada. Selalu sokmo kita kepingan untuk ada apa yang orang lain ada tanpa mengelih apa yang sudah ada kat dalam tangan.


Badan kita normal, cukup segalanya tapi adekah kita bersyukur denganNya ??

Kita mengeluh badan kita gemuk,kurus,tak berotot tapi adekah kita sedar masih ada lagi yang badannya tak cukup tangan, kaki dan segala keganjilan lain.

Kita sudah ada kereta, mampu membawa the whole family tapi adekah kita bersyukur kepadaNya ??

Kita mengeluh kereta kita bukan Volvo, BMW, Mercedes, Porsche tapi adekah kita sedar masih ramai yang terpaksa berhujan panas dijalan kerana tidak mampu memiliki kereta.

Kita ada makan cukup tapi adekah kita bersyukur kepadaNya ??

Kita mengeluh makanan tak sedap dan kadang-kala kita hempas kelantai dengan marah tapi adekah kita sedar masih ramai yang belum cukup makan ? Tak payah tengok kat oversea. Tengok aje jiran-jiran kita. Ada sesetengah KFC itu adelah satu kemewahan sedangkan bagi kita KFC tu kita makan hari-hari.

Kita ade ibubapa, datok nenek, sedara mara, adik beradik tapi adekah kita bersyukur kepadaNya ??

Kita serabut adik beradik asyik mintak tolong, kita geram dan marah kepada ibubapa, kita menyampah sedara mara selalu datang rumah, kita tak suka dengan tok nenek yang asyik perlukan perhatian kerana sudah tak mampu bergantung kepada diri sendiri. Tak sedarkah betapa beruntungnya kita ?? Masih ramai yang bergelar yatim piatu dan mengimpikan kasih sayang ibubapa,datoknenek, adikberadik kerana mereka kesunyian didunia ini tanpa sesiapa.

Kita ada pekerjaan tetap tapi adekah kita bersyukur kepadaNya ??

Kita merungut tak abih-abih tak suka dengan kerja sekarang, tensen dan sebagainya sedangkan sedar tak betapa ramai yang masih menganggur ?? Setiap tahun dilaporkan puluhan ribu rakyat Malaysia tiada pekerjaan. Tak rasa bersyukur lagi ??

Aman tak cakap orang lain. Kadang-kadang aman pun macam tu jugak. Terlupa untuk bersyukur. Bila kita ingat ?? Bila nikmat dah terlepas dari tangan. Barulah masa tu kita tahu betapa besarnya dan bagusnya apa yang kita ada. Tapi nak buat apa kalau dah terlepas dari tangan ?? Sebelum nie takdelah pulak kita appreciate, merungut tu adelah.

So, jom pakat kita semua bersyukur sebab tak susah nak bersyukur nie, tak buang wang ringgit pun.

Ulasan

  1. Mmg spatutnya kita bersyukur dengan apa yg ada, semua yg brlaku ada hikmahnya. Tapi kdg2 bila ujian dtg kita mdh pts asa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam mana nak elak putus asa tu ?? Jangan putus doa kepadaNya.Sentiasalah berdoa dan mengadu kepadaNya.Insyaallah, anda dapati anda mendapat kekuatan baru

      Padam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?