Cari Lens Kamera Kat KB Mall

Semalam aman cuti. Cuti sebab nak selesaikan segala bil dan hutang-hutang lain. Hutang wajib dibayar. Taknak aman tanggung esok-esok. Takut wehh.


Semalam jugak sempatlah beli batik sepasang untuk buat baju kemeja. Bukan kemeja yang selalu orang duk pakai tu tak. Yang tu panas pastu macam sesuai untuk majlis-majlis, kalau nak buat pakai hari-hari..emm memang tak sesuai. Yang nie aman beli kain sarung pastu upah buat kemeja. Lawa beb. Boleh buat pakai hari-hari. Selesa pun selesa sebab kan kain sarung tu cotton. Cotton kan sejuk. 

Aman bayar bil kat KB Mall semalam sebab tak reti nak bayar ikut machine pastu takyah queue lama-lama kat Maxis centre. Senang dan mudah. 


Lepas abih dah semua bayar segala hutang [ yang last bayar bil kat KB Mall tu ] singgah kat Popular kejap. Aman dah sedia duit lebih sebab memang niat nak beli buku menarik. Tu pun kalau ade lah. Lama jugak kat dalam Popular tu, sejam lebih tapi belinya tak jugak, main baca free. Memang dah nak beli sebijik buku tadi tapi rasa tak menarik pulak. Letak balik kat rak pastu intai-intai kat rak magazine kalau ade yang menarik. Emm..semua tak best. So keluar dari Popular semalam tangan kosong. Tak beli apa-apa. 

Ronda-ronda kat ground floor tu, kata ada pameran kraf ? Tapi semua nampak berbungkus lagi. Hahaha...Memang pun. Aman datang sini awal kot. 

Jenguk kejap. Biasalah kedai baru kena jenguk.

Pun baru bukak


Sebenarnya aman sengaja bayar bill kat KB Mall sebab nak survey lens camera. Bukannya aman nie pro or profesional, just baru nak merangkak belajar ambik gambar. Aman dah buat research sikit pasal lens camera nih. Kat internet aman search, kat magazine, buku semua pun aman baca. Nak paham lebih lanjut lens nie lagu mana bendo. Kan tersilap beli menyesal tak sudah pulak. Benda alah tu dah la mahal. 

Expo kraf yang aman cakapkan

 Sempat jugak kelih jam.

Masuk jugak tengok. Tak minat weh. Untuk remajo ok bokalie. Ore mudo supo aman nih tak sesuai

Aman kalu hal ehwal kamera nie biasa pegi kat kedai camera kat level ground. Diorang jugak ade booth kat level ground. Suka beli kat sini sebab owner dia tu berpengetahuan dalam selok belok kamera nih. So kalau tanya banyak lah dia tahu dan boleh jawab. 

Aman dah tahu nak beli lens yang macam mana so just nak survey harga. Tanya kat booth kat level ground tu. Boleh tahan jugak harganya tapi reasonable lah. Dalam rm 600. Ok la kot. Tak beli lagi. Survey dulu. Mana tahu dapat cari yang lagi murah. Hehehe..

Sebelum balik tu singgah makan kat Burger King Kejap. Baru bukak nih. First kat Kota Bharu.

Lepas tu balik lah. Buat apa nak merayau lagi.

Source photos : kbmall official facebook

Ulasan

  1. Salam. Nak tnya byk sikit blh? Huhu...
    KB Mall bila dah nk siap penambahan tingkatnya? Dua tgkt kn? Parking kereta byk x kt KB Mall? Burger King kt KB Mall ada org ckp x sama rasa dgn tmpt lain, betul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khabarnya tahun depan baru siap.Siap ada cinema lagi.Lepas nie bolehlah tengok cerita baru kat panggung.Parking kereta setakat nie kat level ground tulah.Pada saya kbmall perlu tambah kapasiti parking kerana yang sedia ada tak mencukupi tambahan pula parking kat tingkat atas sudahpun tiada.BurgerKing kat mana-mana pun standard rasanya.Mana boleh kat sini sedap kat sana tak sedap.

      Padam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?