Sembang Malam
Lama aman termenung depan laptop nih. Nak start lagu manalah post malam hari nie. Kejap tadi memang dah ada idea tapi biar dulu sebab plan tadi lepas dinner dan lepas tengok Harimau Malaya vs Thailand, baru nak start mentype.
Yang tak bestnya Malaysia kalah la pulak. 0 berbalas 3. Frust jugak hati nih. Tapi takpelah. Team Malaysia dah abih kuderat dah nak kasi menang tapi nasib bukan belah kita malam nie. Rezeki kat Thailand malam nih. Syabas aman ucapkan pada mereka. Nanti bertemu dengan Singapura sape agaknya akan menjulang juara ?? Tapi aman tak kisah sape menang pun. Kalau Malaysia main baru kesah.
Dah Malaysia kalah, mood nak menaip pun rasa macam ade takde jea. Idea yang tadi melimpah ruah entah mana hilang.Terbang kemana la. Ke Wakaf Che Yeh kot. Yelah, sekarangkan school holiday lagi. So, kat sana memang sesak dengan manusia. Beli apa entah lah. Aman sendiri pun dah lama tak pegi Wakaf Che Yeh. Kalau pegi pun takde nak beli ape. Kalau setakat pegi saja-saja nak makan angin, memang aman tak pegi. Aman tak sukelah kalau pegi takde tujuan. Buang masa jea.
Eh...Kat luar hujan pulak. Nie yang best nih tido sejuk macam nih. Syukur sangat sebab 2 3 hari lepas memang panas terik. Nak keluar pun rasa malas sebab panas matahari nie rasa sampai mencucuk kat kulit. Heran jugak aman sebab selalunya kalau end of year macam nie, musim tengkujuh dah start tapi nie dah masuk december, cuaca masih panas terik lagi. Nie keja tuhan bukan keja aman. So sapa aman nak persoalkan kuasa tuhan.
Hujan makin lebat. Mate pun makin berat nih. Tutup jea lah laptop. Sambung esok pulak. Mana tahu dah fresh balik esok, idea datang berduyun-duyun.
Ok lah.Good nite. Have a nice sleep and dream.
Ulasan
Catat Ulasan