Bila Kena Tegur


Pernah kena tegur ? Ataupun pernah tak sesiapa kritik ada ? Tak kesah la secara pedas ke secara molek ke.

Apa perasan korang bila dah kena tu ? 

Mesti rasa bengang dan marah kan ? Cehh...Ade ke nak tegur orang, ingat dia tu perfect sangat. Itupun kita tak kate kat depan, depan kita senyap, kate pun dalam hati yang hot nie, bila dah kat belakang baru kutuk puas-puas.

Itu lah kita. Kita tak rasa kita nie ade weakness. Segalanya apa yang kita buat nampak perfect dimata. Everything is fine and look gorgeous. Sebab tu kita takleh nak menerima kalau ade sesiapa tegur atau kritik kita dengan cara baik. Ego kita terlalu tinggi untuk direndahkan seketika.

Padahal kalau kita benarkan diri kita bertenang dulu, jangan kasi perasaan menguasai diri, biar kita fikir balik, ade benar apa yang diorang tegurkan itu. Dan dah kita dah tahu apa yang kurang tu, kita kena segera improve apa yang kurang tu. Kepada yang menegur tu seharusnya kita ucap terima kasih dan bagi dia hadiah kerana nampak apa yang kita tak nampak.

Aman bukan sindir yea. Aman cakap betul nie. Serious.

Kebenaran itu sukar sekali diluahkan dan amat pahit untuk ditelan.

Tapi

Pujian dan sanjungan senang diucap macam air terjun dan senang sekali bak membuka tangan dari timur ke barat menerimanya.

Tapi

Pujian dan sanjungan itu membunuh. Ianya makan dalam secara perlahan-lahan tanpa kita sedar pun.

Dah berapa ramai yang jatuh terguling atas tanah kerana hanyut dengan pujian dan sanjungan. Bila berdepan dengan realiti, dia takleh menerimanya.

Kalau sesiapa tegur atau kritik aman, aman bagitau diri ini yang mereka sanggup ucapkan itu sebab mereka sayang aman dan tak sanggup lihat amat hanyut di alam fantasi.

Yes, I accept it for a better me.

*Semua yang aman kongsikan itu bukan untuk mengajar orang lain tapi juga peringatan bagi aman sendiri !

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?