Detik Perubahan

Akan tiba juga dalam suatu saat dalam hidup kita nie untuk berubah. Kita akan duduk dan fikir panjang dan bagitau diri kita

Sampai bila aku nak hidup macam nie. Aku perlu berubah

Maka
kita akan sedaya upaya mencari, mencari untuk berubah. Dan mulai dari situ kita dah rasa perubahan kat diri kita. Kita pun dah rasa tenang semacam. Kalau dulu serabut bukan main tapi sekarang bila rasa tak tenang, cepat-cepat berwudhuk dan solat sunat, mengadu terus kepada Ilahi.

Banyak type perubahan nie sedara kita semua. Bukan setakat terhad dari malas ke rajin. Tapi lebih dari itu. Kalau dulu tak semayang dah semayang. Kalau dulu derhaka kat mak bapak tapi sekarang dah jadi anak yang baik. Kalau dulu kita suka ponteng tapi sekarang tak lagi. Kalau dulu halal haram kita ambik kisah tapi sekarang nak guna pen office untuk kepentingan peribadi pun fikir 8 kali. Dan semua itu kerana hati. Semuanya berpunca dari hati. Bila hati baik, maka zahirnya kelihatan. Walau sehitam mata pun hati tapi bila digilap, lama kelamaan bergemelapan juga.

Ramai dah yang aman kenal, bila dah lama tak jumpa, bila dah jumpa, terkejut sekali dengan perubahan yang berlaku kat atas mereka. Sampai kekadang aman tak kenal pun mereka. Kalau dulu ade yang serabut serabai, dengan solat pun tak tapi sekarang, kalau kita tengok wajah dia, dengan kita sendiri pun rasa tenang jea, sejuk jea mata tengok. Aman salute kepada mereka kerana mereka mampu untuk menjadi yang terlebih baik.Kita sendiri pun tumpang happy, rasa seronok tengok perubahan yang berlaku keatas mereka. Aman pun mintak jugak kat diorang nie supaya doakan sekali aman. Aman pun nak jugak berubah ke yang terlebih baik.

Itupun bagi yang nak berubah. Ada jugak yang tak mahu. Sebab apa ? Sebab dia dah rasa selesa dengan keadaannya sekarang.Tiada tarikan untuk dia berubah. Ingat kita semua. Menjadi tanggungjawab kita semua untuk tarik mereka semua nie untuk jadi yang baik. Kita takleh biar macam tu. Sebab kita dah soleh solehah, tak bermakna kita khusyuk saja kat alam kita, kena juga lepas aura tu kepada yang lain. Aman suka sangat Islam nie kerana agama yang diredhaiNya ini mementingkan BERSAMA bukan SORANG DIRI. Sebab itu ada perumpamaan, muslim nie bak anggota tubuh, kalau cubit dipaha, seluruh badan terasa.

Yang tak syoknye ada juga segelintir rasa sakit hati dan tak seronok tengok orang lain berubah jadi baik. Entah ape kat dalam hatinya sampai tak seronok tengok perubahan keatas orang lain. Kalau setakat rasa dengkit dalam hati tak ape, tapi sampai menzahirkannya dengan mengeluarkan kata-kata huduh dan mengungkit balik kisah silam tu yang tak berapa nak comei tu. Dia hanya puas kalau tengok kita akhirnya tersungkur dek permainan jahatnya.

Tapi nak buat lagu manakan. Dah itu adat resam manusia. Takkan semua yang suka dengan kita. Bagi kita nie pulak tak guna membalas ruas dengan ruas sebab sampai bila pun tak habih. Senang cerita, biarkan saja. Kita sabar dapat pahala. Dia buat onar kat kita dapat dosa. Kan cantik macam tu.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?