Kita Pun Salah Juga




Kita nie kadang-kadang sukar sangat mengakui yang kita bukannya selalu betul. Ada kalanya juga ada jugak buat silap. Biasalah, manusia, mana pernah ferfect, lain lah kalau nabi, mereka semua adelah maksum bererti bebas dari dosa.


Aman sengaja nak share pasal hal nie sebab tadi masa tengah termenung sorang diri, kat kepala aman nie, terlintas segala kenangan silam. Kenangan silap yang kalau boleh aman taknak ingat kembali sebab bila difikirkan balik, inmature betul aman time tu. Bertindak ikut nafsu dan perasaan. Padahal akal yang cerdik ada tapi tak guna. Apa yang aman sesalkan sangat tu tak patutlah aman nak dedah keseluruh dunia untuk tahu. Sekadar mengatakan yang aman sesal melakukannya dah pun cukup.

Pengalaman lampau itu adelah cikgu yang terbaik untuk kita. Kalau tak ambik pedoman jugak tak tahulah, takleh nak cerita. Kerana itu, aman bagitau diri aman, buat apa aman nak risau dan takut kepada apa yang telah berlaku. Kalau ada yang melibatkan manusia, bukannya tak lama selepas itu aman tak mintak maaf dan mereka semua cukup baik memaafkan aman dan menerima aman seadanya kerana manusia itu tak perfect, kesilapan tetap akan dilakukan walau cuba dielakkan.

Kalau nak guna mesin masa nak uturn balik apa yang dah dibuat ,memang mission imposible. Jadi, apa yang aman boleh buat adelah mengakui kesilapan lalu dan sedaya upaya mungkin tidak mengulangi lagi perkara tersebut. Kita dah pernah merasa sekali pahit, takkan nak merasa kali yang kedua ? Tak begitu ?

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?