MPH Online, Stormreaders, Amazon.com Dan Lain-Lain



Anda biasa dengar tak pasal kedai buku maya macam MPH Online, Stormreaders atau mana-mana kedai buku maya lain ? Kalau anda nie jenis yang crazy about
book dan tech savvy, aman yakin anda mesti pernah walaupun sekali purchase reading material dari laman bookshop online.


Aman sendiri pun memang minat membaca. Bagi aman, to kill time by reading a book sememang berguna dari duk main game ataupun buat benda tak berfaedah lain. Tapi tulah, kalau korang jenis yang suka buat pemerhatian,cuba observe berape kerat sangatlah yang masa tengah ada waktu terluang macam tengah tunggu komuter nak sampai ke, ambik initiative untuk menambah ilmu [ baca buku la tu ]. Sikit sangat.

Ok, kita balik ke tajuk asal.

Boleh kata aman banyak berhabis duit membeli buku tapi bagi aman ianya tak merugikan macam beli kasut baru atau pakaian baru sebab buku nie kita boleh berterusan baca dan boleh share lagi kepada orang lain. Senang cerita value dia tak pernah depreciate. Lain lah kalau dimakan anai-anai, itu lain cerita. [ korang tahu tak yang berbelas tajuk buku yang aman ada free-free dimakan dek anai-anai ]


 
Walaupun kat Kota Bharu ada Syarikat Muda Osman dan Kedai Buku Popular, tapi kalau nak dapatkan certain tajuk tu sukar gila. Memang takde kat sini. Kalau ada pun dalam medium Bahasa Melayu tapi yang tak bestnya tak semenarik dalam medium English yang lebih detail dan padat. Aman rasa perlu diperbanyakkan sesangat translation dari medium English ke bahasa Melayu untuk menambah kepelbagaian bahan bacaan yang berkualiti. Tambahan pula bukan semua reti English. Untuk faham English satu hal. Yang penting sekali adalah untuk pupuk sikap minat membaca terutamanya dikalangan muda mudi.

Dan kat sinilah kedai buku online memainkan peranan. Dalam banyak-banyak, MPH Online antara yang jadi favourite aman. Reasonnya sebab segala jenis tajuk ada dan yang paling best sekali harga yang di offer lagi murah dari kat kedai. Even dengan kos penghantaran sekalipun, still harganya lebih murah dari kat kedai.

Kalau buku-buku yang islamik, aman dulu suka beli kat Stormreaders tapi lama dah tak beli kat sana sebab kalau dikira balik, lagi mahal dari kat kedai. Sekarang aman prefer ke Stormreaders’ parent company, Telaga Biru, sebab harga yang ditawarkan lagi murah. 


Cuma yang kurang sikitnya, kena tunggulah diorang post buku kat kita sekurangnya seminggu kena tunggu. Kalau beli kat kedai boleh terus baca tapi kalau kat kedai pun takde, macam mana nak baca ?? Hahaha. Inilah kelebihan besar kedai buku online. Segala jenis tajuk ada. So memang berbaloi sangat untuk tunggu diorang post buku kat kita.

Ulasan

  1. Salam Aman. Saya sebenarnya nak sangat membaca buku "An Inordinate Fondness for Beetles" oleh Arthur V. Evans dan Charles L. Bellamy. Tapi saya lihat di kedai-kedai buku tiada buku ini. Kalau di Amazon.com atau eBay memang ada tapi di luar negara sahaja. Aman, macam mana ya nak beli buku secara online ni, kita kena ada kad kredit ke baru boleh beli? Kadang2 risau juga kalau dah bayar barang tak sampai kat rumah; sebab rumah sewa flat; slalu x de org kt rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kedai buku online local, mereka membenarkan pembayaran dibuat secara pemindahan duit kalau takde kredit kad.

      Tapi kalau macam amazon.com atau ebay, anda kena gunakan kad kredit untuk membuat pembayaran

      Kebetulan buku yang Din cari ada di MPHonline.Ini linknya http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=search&Cri=1&Val=An%20Inordinate%20Fondness%20for%20Beetles&Sess=Fri%20Feb%2001%202013%2015:47:30%20GMT+0800%20%28Malay%20Peninsula%20Standard%20Time%29 tapi Din kena daftar dulu sebelum boleh membeli.

      Padam
  2. Memang kurang buku-buku terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, kerana kurangnya permintaan. Apapun saya berharap, Institut Terjemahan lebih aktif dalam kerja-kerja menterjemah buku..khususnya best seller books.

    BalasPadam
  3. Tq Aman. Tapi saya percaya itu bukan buku yang saya cari walaupun tajuk sama. Pengarangnya Arthur V. Evans dan Charles L. Bellamy bukannya Sochalzewski.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Din jugak boleh buat macam nie. Telefon saja mana-mana gedung buku utama nak mintak mereka dapatkan kan untuk Din. Saya pernah buat dulu sekali sebab buku yang amat saya perlukan tiada dijual di malaysia. Apa yang saya buat, saya telefon dan mintak tolong mereka carikan tajuk buku yang saya perlukan. Alhamdulillah, mereka berjaya dapatkan untuk saya.

      Padam
  4. Ooo.. ye ke Aman. Tq ya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?