Pembangunan Kat Kelantan Pun Nak, Yang Lain Pun Nak Juga

Pernah dengar forum Skycrapers ataupun mforum ataupun mungkin forum2 lain yang ade kat internet ??

Yes, aman mengikuti secara senyap atau sebagai pendengar senyap kat forum-forum tersebut. Untuk aman joint sama adelah little bit difficult kerana kat dalam tangan aman nie dah ada page maafsebut dan blog maafsebut. Yang dua nie pun aman dah tak menang tangan. Ni nak joint forum lain pulak.

Ok. Aman bukannya nak bagitau aman nie terlampau sibuk sampai tak sempat nak directly active kat forum tersebut. Bukan. Bukan yang tu main focus aman. Nie pasal hal lain yang lebih menarik tapi kita selalu terlepas pandang.

Korang perasan tak kalau masuk forum ape yang selalu dibincangkan. From my observation, ada 2 topik yang memang hangat diperkatakan : politik dan pembangunan [ fokus pada bangunan ape nak naik, kedai apa nak naik, shopping mall nak naik, kat dalam shopping mall ade kedai ape, restoran makanan segera apa nak bukak, pasal jalan flyover, pasal highway, pasal airport suruh naik taraf terbang sana sini ]

Oppss..Lupa nak inform. Aman fokus apa yang dibincangkan kat forum Kelantan. Yang bincang negeri lain kita tolak tepi dulu.

Sebenarnya selain apa yang aman bagitau sekejap tadi, masih ada banyak isu lain yang kira aman lebih penting, patut diberi keutamaan daripada duk kalut kondo nak naik bila sampai aman faham sangat, yang tukang bincang tupun bukan semuanya ada duit nak beli pun cumanya rasa bangga sebab boleh cakap kat orang lain, kat Kelate ado jugok kondo, ingat kat KV jah ko ade kondo. Dan yang malu aman nak bagitau, kondo, apartment dengan flat pun takleh nak bezakan. Flat dikatakan kondo, apartment dikatakan flat.

Aman list kan ape yang sepatutnya lebih diberikan keutamaan sebab maybelah ape yang dibincangkan tu tak sampai kepihak berwajib [ kena guna saluran lain ] tapi atleast mampu menyedarkan orang lain yang mungkin menganggap certain issues itu enteng, tak penting.

First, pasal sampah. Pelik sungguh aman. Takde lansung yang teringin nak discuss pasal masalah sampah nih. 

Aman tengok orang kite kat Kelate nie suka sangat buang sampah merata. Ikut suka hati dia. Ikut tingkap keta pun boleh dibaling tin keluar. Pegi picnic, cuba tengok lepas habis picnic, sampah bukan nak kutip balik, biar macam tu jea. Kalau ade expo atau ape2 yang melibatkan ramai orang, cuba tengok lepas majlis habis, penuh dengan sampah. Salah sape sebenarnye nih ?? Takde salah sapa sebab salah kita. Ini semua sebab sikap TAKPE kita. Takpe buang nanti adelah yang datang kutip, datang bersih. Ini membuatkan kita rasa tak bersalah nak buang merata-rata. Padahal jaga kebersihan nie bukan tanggungjawab satu pihak saja tapi tanggungjawab semua.

 Sanggupkah kita tinggal dalam suasana macam ini ??

Masih lagi pasal sampah. Selalu sangat kalau nak pegi buang sampah, mesti tong sampah yang besar gedabak tu dah penuh sampai melimpah-limpah kat luar. Kita nie yang berfikiran kelas pertama, tak jadi nak buang kat situ, pegi cari tempat lain, biar jauh pun. Masalah sampah bertimbun nie dah jadi macam wabak, itu baru tong sampah, yang kat landfill ? Yang kat Pengkalan Chepa tu dah tutup, nak kena bukak yang baru. Dengan pertambahan jumlah sampah yang dibuang setiap hari, rasanya cukup ke landfill nie nak tanggung ? 

Sebenarnya kita semua mampu mengubati wabak ini. Senang saja. Recycle. Plastik, kertas, kotak, kaca, semua boleh recycle. Even makanan pun boleh recycle. Kalau kita betul-betul komited, tiada sampah yang dibuang. Dengan itu tak perlulah landfill baru dicari. Tanah yang ada tu boleh digunakan untuk perkara yang lebih berguna dari dijadikan landfill maybe sebagai taman rekreasi. 


Mungkin pada permulaan, nak recycle semua sekali agak payah untuk kita. Takpe kita try sikit-sikit tapi berterusan. Recycle nie boleh buat duit kot. Kan untung tu. 

Oklah aman stop dulu kat sini. Aman akan sambung lagi dimasa depan dalam post lain insyaallah

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?