Kaya Dengan Facebook

Semalam masa memandu melalui Wakaf Mek Zainab, aman ternampak banner berkenaan bengkel pasal Facebook. Bengkel tu pulak is not free tapi dicharge RM 100 sorang tak silap aman. Kalau silap tu sorilah sebab tengah gerak, mana nak nampak clear. 

Wahh...Hebat betul. Cakap pasal Facebook pun boleh buat duit. Tapi aman tak rasa penganjur bengkel tu boleh buat kalau dia sendiri tak tau pasal Facebook. Confirm dia memang seorang expert dalam Facebook sampai dia boleh buat workshop untuk share pengetahuan dia pasal Facebook. 



Kepada yang nak joint bengkel tu silakan sebab aman rasa berbaloi untuk berhabis sedikit wang untuk ilmu yang nanti akan membuat kita jadi expert jugak dalam mengexploitasi Facebook. 

Aman dapati memang dah ramai dah dengan adanya Facebook nie, mereka dapat buat duit dan bukan sedikit duit yang dibuat. Banyak weh. Maksud buat duit tu, berniagalah bukannya seru facebook pastu keluar duit ikut situ pulak. 

Facebook nie adalah badan marketing yg free of charge bagi yang savvy. Bahkan kalau rasa nak suruh ramai lagi yang tahu pasal produk yang kita ada, charge yang dikenakan supaya iklan kita muncul bila orang lain bukak Facebook boleh kata affordable dan customer yang dicapai jugak agak meluas kalau nak dibandingkan dengan periklanan konvesional lain yang bersifat locality dan dah ada target point. 

Aman ni takde la terer sangat pasal berniaga/marketing melalui Facebook tapi nak share serba sedikit tu boleh lah. 


Jom kita ambik contoh.

Contohnyelah anda nak bisnes buat muffin. Kenapa saya kata muffin. Sebab cupcake dah berlambak orang buat. So kita try benda baru iaitu muffin. 

Janganlah bernafsu pulak nak terus bayar Facebook untuk iklankan bisness kita. Buat slow-slow. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit jugak. Mulakan dulu dengan test pada friends anda sendiri. bagi sample percuma dulu. Biar diorang rasa. Bila hanya lepas tu trykan pulak iklankan bisness muffin ada di facebook dikalangan friends anda sendiri. Secretnya disini kita nak testimoni. Kawan-kawan kita yang dah try mesti memberi komen yang baik pada muffin kita. Testimoni yang baik nie sebenarnya menggalakkan orang lain untuk cuba beli muffin kita. Pasal friends nie, tak silap aman, kita boleh add up to 4000 jea rasanye lah. Kita biar dulu pasal limit friends nie dulu.

Seterusnya anda kena sentiasa rajin post kan pasal muffin ada. Ini untuk memastikan friends kita sentiasa alert dengan bisness muffin kita. 

Please dont tag. Sebenarnya kalau kita tag orang yang kita kenal, that is okay. Kalau yang kita tak kenal, it's not okay. Sebab apa bukan semua orang tak kesah. Sebenarnya ramai yang tak suka nama mereka di tag kat sesuatu gambar mempromosikan produk. Kalau anda terus buat begini, ada risk, anda mungkin di unfriend kan. Ishh..Itu yang taknak tu. 

Tadi aman ada bagitua yang personal facebook nie menghadkan jumlah berapa ramai anda boleh add friends. So bila dah rasa business muffin dah ok sikit, try la pulak Page Facebook. Kelebihan page nie tiada had limit sape boleh LIKE dan tak macam personal FB yang bukan semua orang boleh kelih tengok. Menariknya lagi, untuk page facebook nie, anda akan ada alamat sendiri. Itu yang bestnye. Kalau search kat google, cari muffin, insyaallah page muffin ada orang akan jumpa. 


Perkenalkan dulu page anda dikalangan friends anda di Facebook. Then, ask them to help u to promote your muffin's page. Saya rasa mereka berbesar hati untuk tolong anda. Begitu jugak dengan banyakkan forum di ruangan maya. Platform itu jugak boleh digunakan untuk promote page anda. Aman jugak suggestkan korang untuk membaca buku nie : Secrets To Facebook Marketing untuk tahu macam mana nak leverage page fb melalui 7 langkah mudah. It's quite not cheap but worthy to buy of. 

OK lah. Aman stop kat sini dulu. Insyaallah lain kali aman share lagi apa yang aman tahu pasal Facebook nie. Semoganya ianya berguna untuk anda. Kalau silap dan kurang mana-mana tu, aman mintak maaf banyak2.

Sekian. Dont forget to LIKE me at facebook.com/maafsebut

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?