Pakcik Ada Cakap




Kisah nie dah lama tapi tak lama sangat jugak. Ianya berlaku masa awal-awal aman baru habih mengaji di university. Tepat lagi masa tu tengah kalut cari kerja. Orang lain mintak kerja terus dapat, kita cari kerja kosong, mintak tapi tak dapat-dapat.

Bila dapat kerja 1st seronok bukan main. Sape tak seronok sebab selepas puas menanam anggur [ istilah popular untuk penganggur kehormat ] akhir aman dapat harvest hasilnya. Dan sebenarnya position aman dapat nie sebenarnya memang dah suitable dengan kelayakan aman, dah sesuai dengan apa yang aman mengaji kat university. Tapi deep in my heart, ini bukan pilihan aman yang utama. Aman lebih minat ekonomi. Kerana sebab itu aman banyak apply position di bank. Dah banyak kali aman mintak dan puas dah aman pegi interview di bank tapi rezeki aman masih bukan disitu.

Kerananya dah dapat kerja, aman pegi beli seluar dan baju yang sesuai untuk kerja nanti. Kerana semua seluar yang aman beli nie tenggelam dalam air, aman pegi lah potong nak kasi singkat sikit. Masa nie lah pakcik, si tailor tanya kerja kat mana ? Aman dengan suka hati bagitau tapi aman cakap jugak aman sebenarnya lagi suka dalam sektor kewangan, ekonomi, perbankan.

Dan pakcik si tailor nie sebenarnya telah memberi satu nasihat yang sebenarnya aman tak pernah terfikir lansung.

Apa yang pakcik si tailor tu cakap ?

Mula dia cakap, orang cina kaya sebab ramai berniaga dan dalam islam sendiri ada cakap yang 9 dari 10 rezeki datang dari berniaga. Tapi banyak orang kita hanya reti makan gaji.

Kalau awak kerja dengan bank, contohnya kalau bank tu nak buang staff, dan awak salah sorang, apa yang awak nak buat lepas tu ??

Kalau awak kerja dengan kelulusan awak, jikanya awak rasa nak tukar kerja kat tempat lain, awak boleh buat ditambah dengan pengalaman yang awak ada. Tapi kalau awak kerja di bank, kalau awak nak tukar kerja, pengalaman dah ada tapi kelulusan lain. Sudah tentu diorang nak ambik yang kelayakan dalam bidang tersebut iaitu banking tu dulu.

Ada betul jugak apa yang pakcik sitailor nie cakap. Aman tak fikir lansung pasal nak lompat melompat kerja nie. Ingatnya nak masuk bank pastu stick kat situ.

Kerana itu aman stay jea dengan kerja ini sekarang yang memang sesuai dengan kelulusan aman dan kumpul ilmu dan pengalaman sikit-sikit. Bila dah time is right, boleh la try cuba sendiri pulak. Try jadi usahawan. Sebabnya macam pakcik tu cakap 9 dari 10 rezeki datang dari perniagaan. Jadinya aman taknak 1 rezeki sahaja, aman nak 9 rezeki. Insyallah.Amin.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?