Al Kisah Sebelum Nak Tidur

Malam-malam begini lepas seharian bekerja, memang syok abih dapat beradu atas katil sambil menengok internet, biasalah, informasi kan dihujung jari, tekan aje semua keluar.


1st aku suka follow apa perkembangan terlatest politik tanah air. Ingatkan lepas election reda la sikit, rupanya belum lagi. Nak cite pun semua kat sini tak perlu kot sebab mest anda semua dah tahu. Malas nak cite. Cumanya apa yang aku nak tanya tak penat ke asyik 24 jam pasal politik ? Mungkin dah tu keja mereka. Macam rakyat kecik macam aku nie, sape menang pun
, sape kalah pun, kita tetap macam nie. Esok masih kena keja, kena hantar anak sekolah, kena fikir pasal hutang. Senang cakap back to normal life. Ape yang penting bagi aku lah, lupakan sekejap politic fight, bagi yang bergelar YB, gunalah tempoh yang ada untuk sama sama bekerja kearah Malaysia yang lebih baik. Bukan itu YB saje lah, kita semua perlu sama bekerja untuk a better Malaysia.

Ada dengar pasal harga keta nak turun ?? Wah..memang seronok sangat lah dimana harga kereta akan turun gradually sehingga 20 %, lebih kurang macam tu lah apa yang aku baca tadi. Turunnya harga kereta memang a good news yang amat dinantikan oleh kita. Yelah kat sini public transport tak berape boleh harap sangat sehinggakan miliki kereta itu menjadi keperluan bukan lagi kemewahan material untuk berbangga bangga.

Siang tadi aku keluar minum dengan sahabat satu universiti. Best dapat minum sambil borak-borak dengan dia. Kalau anda semua nak tahu, sahabat aku nie baru saja quit dari kerja yang bergaji lumayan. Tujuan dia berhenti adelah semata-mata nak mengejar cita-cita untuk bergelar seorang businessman. Memang aku respect la kat dia sebab sanggup ambik risk berhenti kerja. Kalau aku lah, tak kot nak ambik risiko. Yelah, gaji dah best, tiap bulan confirm banyak tu masuk, kalau berniaga tak tentu lagi banyak tu akan masuk bulan-bulan. Tapi sahabat aku nie smart. Dia memang dah plan awal-awal apa yang dia nak buat. Bukannya hari nie nak start berniaga, hari nie baru nak fikir. Sahabat aku nie dah analysised business apa yang dia nak venture, berapa habis, bila nak untung, bila nak break even, budget berapa. Senang aku cakap, dia dah well prepared. Tugas aku pulak sebagai sahabat, menyokong dan berdoa supaya dia akan berjaya. Kalau apa-apa boleh bantu, insyaallah aku boleh bantu. 

Last sekali, apa yang perlu kita buat, yang penting aku rasa adelah untuk muhasabah diri kita nie. Kita kan tak sempurna. Macam mana careful pun kita, mistake tetap jugak berlaku. Jadi, screen la diri kita apa dosa/kesilapan yang kita dah buat disiang hari supanyanya dihari baru, kita tak ulang dah lagi. 

Sekian.

Ulasan

  1. Salam. Mungkin rezeki kita dah ditetapkan. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Percaya qadak dan qadar.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?