Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan
Kalau disebut D Apple Cafe, mesti ramai yang tahu especially kat Kelantan lah. Cafe ini adalah lebih kepada hidangan barat & mempunyai banyak cawangan bukan sahaja di Kelantan bahkan di luar Kelantan. Bagaimana D Apple Care ini boleh berjaya ? Berikut adalah kisah dari pengasas D Apple Cafe, Abd Hakim bin Awangbagaimana beliau memulakan perniagaan makanan dengan hanya bermodalkan RM5000. Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ini terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman saya dalam perniagaan yang tak seberapa ini. Sebenarnya semenjak melibatkan diri dalam perniagaan sejak 2007, memang keadaan lelah dan penat tak pernah hilang. Pelbagai ujian dihadapi, Allah tak pernah berhenti menguji hingga ke saat ini. Saya ingin berjaya, dan saya faham setiap kejayaan datang dengan kesulitan, keperitan dan kesusahan. Cuma ianya bergantung terhadap bagaimana kita menghadapi dan menyelesaikan kesulitan tersebut. Saya selalu membaca kisah kejayaan orang lain. Seringkali teruja. Semestinya...







Ulasan
Catat Ulasan